• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ICJ Akan Dengar Kes Pembunuhan Beramai-Ramai Russia-Ukraine

oleh Mohd Arshad
03/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
ICJ Akan Dengar Kes Pembunuhan Beramai-Ramai Russia-Ukraine
Share on FacebookShare on Twitter

THE HAGUE : Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan akan mendengar kes di mana Kyiv memintanya untuk mengisytiharkan ia tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai di timur Ukraine.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tuduhan itu menjadi dakwaan asas Russia yang dijadikan alasan untuk menyerang negara jirannya yang lebih kecil itu.

Ukraine membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia, beberapa hari selepas pencerobohan besar-besaran Russia ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Sehubungan itu, semalam hakim mendapati mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar hanya sebahagian kecil daripada kes asal.

Sekumpulan panel hakim menolak permintaan Ukraine untuk memutuskan sama ada pencerobohan Russia melanggar Konvensyen Genosid 1948 atau sebaliknya.

Sebaliknya, panel 16 hakim berkata, pihaknya akan memutuskan pada peringkat seterusnya sama ada Ukraine melakukan pembunuhan beramai-ramai di kawasan Donetsk dan Luhansk iaitu timur Ukraine yang kini diduduki Russia.

“Adalah penting mahkamah membuat keputusan mengenai isu Ukraine tidak bertanggungjawab terhadap beberapa mitos pembunuhan beramai-ramai ini.

“Perlu dibuktikan yang Russia secara palsu mendakwa Ukraine melakukannya,” kata wakil hakim, Ukraine Anton Korynevych, kepada wartawan di ICJ.

Mengulas lanjut, beliau berkata, adalah juga penting perintah darurat oleh mahkamah pada Mac 2022 bahawa Russia segera menghentikan operasi ketenteraannya di Ukraine, masih kekal.

Walaupun keputusan mahkamah muktamad dan sah di sisi undang-undang, ia tidak mempunyai kaedah untuk menguatkuasakannya dan beberapa negeri, seperti Russia, bertindak mengabaikannya.

Dalam perbicaraan pada September tahun lalu, peguam untuk Moscow menggesa hakim untuk menggugurkan keseluruhan kes, mengatakan hujah undang-undang Kyiv mempunyai cela, namun mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa.

Semalam, hakim membenarkan beberapa bantahan Russia tetapi membenarkan permintaan Ukraine untuk mahkamah memutuskan tiada bukti boleh dipercayai bahawa Ukraine melakukan pembunuhan beramai-ramai yang melanggar Konvensyen Genosid di timur Ukraine.

Ia mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk mendengar kes itu berdasarkan merit.

Ukraine sebelum ini berhujah tiada risiko pembunuhan beramai-ramai di timur Ukraine, di mana ia memerangi pasukan yang disokong Russia sejak 2014.

Ukraine meraih satu lagi kemenangan kecil di ICJ pada Rabu apabila hakim memutuskan Russia melanggar perjanjian PBB melarang pembiayaan keganasan dan diskriminasi dalam kes berbeza berhubung kejadian pada 2014.

-Berita Harian

Tags: ICJKrisis Russia-Ukraine
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hukuman Dikurangkan, Najib Bebas Ogos 2028

Next Post

DAP Gesa Semua Pihak Bertenang Isu Pengurangan Hukuman Najib

Related Posts

Keputusan ICJ Bukti Israel Penjenayah Kejam, Perlu Diadili Segera

Keputusan ICJ Bukti Israel Penjenayah Kejam, Perlu Diadili Segera

20/07/2024
0

SHAH ALAM - Keputusan terbaharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengesahkan pendudukan haram Israel ke atas Palestin membuktikan kepimpinan rejim...

ICJ Akan Putuskan Permohonan Gencatan Senjata Gaza Oleh Afrika Selatan

ICJ Akan Putuskan Permohonan Gencatan Senjata Gaza Oleh Afrika Selatan

24/05/2024
0

THE HAGUE - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), badan kehakiman tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bahawa ia akan mengeluarkan keputusan...

Next Post
DAP Gesa Semua Pihak Bertenang Isu Pengurangan Hukuman Najib

DAP Gesa Semua Pihak Bertenang Isu Pengurangan Hukuman Najib

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd