• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan ICJ Bukti Israel Penjenayah Kejam, Perlu Diadili Segera

oleh Mohd Arshad
20/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Keputusan ICJ Bukti Israel Penjenayah Kejam, Perlu Diadili Segera
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Keputusan terbaharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengesahkan pendudukan haram Israel ke atas Palestin membuktikan kepimpinan rejim itu adalah penjenayah perang yang perlu ditangkap dan diadili.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) dalam kenyataan berkata, keputusan berkenaan memberi implikasi yang luas untuk keadilan, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang di peringkat global.

Menurut Centhra, ia merupakan langkah penting ke arah pengiktirafan penderitaan dan ketidakadilan berpanjangan yang dihadapi oleh rakyat Palestin akibat kerakusan pemimpin utamanya, Benjamin Netanyahu.

“Keputusan ini dengan tegas menyatakan rakyat Palestin berhak menerima ganti rugi yang besar atas pelanggaran sistematik terhadap hak mereka dan kerosakan besar yang ditimbulkan kepada mereka.

“Ini bermakna ianya juga menekankan keperluan mendesak untuk pemulihan dan pengakuan terhadap ketidakadilan teruk yang dilakukan terhadap penduduk Palestin,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

ICJ pada Jumaat memutuskan bahawa aktiviti penempatan Israel di Wilayah Palestin melanggar undang-undang antarabangsa.

Presiden ICJ, Nawaf Salam berkata, pendengaran mahkamah itu mengesahkan bidang kuasanya untuk mengeluarkan pendapat nasihat mengenai akibat undang-undang pendudukan Israel di Wilayah Palestin, dengan menyatakan bahawa ia mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai perkara itu.

Salam berkata, dasar penempatan Israel tidak mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata, aktiviti penempatan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa terus berkembang.

Pendudukan Israel di Wilayah Palestin adalah pengilhakan de facto, yang melanggar hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri.

Menurut kenyataan itu, dengan keputusan ini Centhra menyeru kerajaan Barat untuk mengambil tindakan segera dan konkrit dengan sekurang-kurangnya kerajaan-kerajaan ini mesti mengiktiraf negara Palestin dan mengenakan sekatan menyeluruh terhadap Israel sehingga ia sepenuhnya berundur dari wilayah yang diduduki.

“Langkah-langkah seperti ini adalah penting untuk menegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan keadilan untuk rakyat Palestin.

“Walau bagaimanapun, keputusan ICJ, walaupun monumental, bukanlah titik akhir. Ia adalah panggilan penting untuk NGO hak asasi manusia di seluruh dunia memperhebatkan usaha dan advokasi mereka,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Centra juga menggesa organisasi-organisasi ini untuk bekerja tanpa henti bagi memastikan ICC mempercepatkan proses pertimbangannya dan mengeluarkan waran tangkap terhadap pelaku jenayah berat ini.

“Komuniti antarabangsa tidak boleh berlengah dalam membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Keadilan untuk rakyat Palestin telah lama tertangguh dan keputusan ICJ adalah detik penting dalam perjuangan yang berterusan ini,” kata kenyataan itu.

SinarHarian-

Tags: ICJIsraelPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd