Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Debat Tun Mahathir –...

KUALA LUMPUR - Debat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad ditunda ke 7 April,...

Satu Kad Untuk Semua...

KUALA LUMPUR - Dengan hanya satu kad yang diperlukan, anda boleh menggunakan semua...

“Jho Low Penghubung Antara...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low...

Kelek JB Hulur Juadah...

KUALA BERANG - Menikmati juadah sahur atau berbuka bersama keluarga atau rakan taulan...

Ibu Dan Dua Anak Ditemukan Mati Tergantung Pada Kipas

Nilai: Seorang wanita bersama dua anaknya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas di sebuah rumah di Lenggeng, di sini, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pada jam 9.25 malam tadi, Balai Polis Lenggeng menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mengenai kejadian itu.

“Lelaki itu memaklumkan terdapat seorang wanita dan dua kanak-kanak ditemui mati di sebuah taman perumahan.

“Hasil siasatan awal mendapati wanita berumur 34 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga serta enam tahun dijumpai mati tergantung di kipas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Malik berkata, turut ditemui di tempat kejadian adalah nota tulisan si mati yang menyatakan dia berdepan masalah rumah tangga.


“Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Nilai membuat tangkapan ke atas suami si mati kira-kira jam 1 pagi tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Permohonan reman dipohon di Mahkamah Majistret Seremban pada pagi ini dan reman dibenarkan selama empat hari bermula hingga 23 Februari depan,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori