• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Jutawan Dadah Tumpas

oleh Mohd Arshad
23/02/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Geng Jutawan Dadah Tumpas
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka : Cuba seludup keluar lebih 83 kilogram (kg) dadah syabu dan pil ekstasi ke Indonesia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Itu cubaan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa yang digagalkan menerusi serbuan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Tindakan Khas.

Serbuan hasil risikan dan pemantauan itu dilakukan di sekitar negeri ini, Johor dan Pahang membabitkan tangkapan enam anggota sindiket itu termasuk seorang warga China bertaraf permastautin tetap.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, serbuan pertama dilakukan terhadap kereta Toyota Vios dan Toyota Camry di kawasan Kota Syahbandar di sini, sebelum polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu, polis merampas syabu seberat 52 kg syabu dan serbuk ekstasi (31.45 kg), keseluruhannya dianggarkan bernilai RM4.02 juta,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, di sini, tadi.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, Datuk Zainudin Ahmad; Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah; Ketua Penolong Pengarah (Perhubungan/Risikan Antarabangsa) JSJN Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd Rozi Jidin dan Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Md Nazri Zawawi serta Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.

Mohd Kamarudin berkata, polis kemudian melakukan serbuan kedua di Simpang Renggam, Johor dan menahan tiga lelaki tempatan berusia 39 hingga 57 tahun yang disyaki anggota sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah itu.

Katanya, dua lagi suspek berusia 68 yang juga disyaki dalang utama sindiket dan rakannya berusia 74 tahun ditangkap dalam serbuan ketiga di Genting Highland, Pahang.

“Modus operandi sindiket ini adalah menggunakan jalan darat bagi menyeludup masuk dadah dari negara jiran (Thailand) sebelum dihantar melalui jalan laut ke Dumai, Indonesia melalui Pantai Klebang, di sini.

“Mereka ini seludup dadah dari negara jiran menggunakan kenderaan persendirian dan ditinggalkan di satu lokasi sebelum diambil oleh ahli sindiket lain.

“Kita percaya sindiket ini mula aktif sejak pertengahan 2023 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya sambil memaklumkan dadah dirampas itu dianggarkan boleh digunakan oleh 365,000 penagih dadah.

Rampasan dadah ini adalah yang terbesar setakat ini bagi kontinjen Melaka dengan nilai keseluruhan termasuk sitaan berjumlah RM4.13 juta.

-Harian Metro

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd