Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Bergaduh Berebut Air Orang...

Lobengula (Zimbabwe) - Dua penjaja jalanan cedera selepas bergaduh berebut air mayat.Menurut saksi,...

Merisaukan.. Semakin Ramai Atlet...

Kancah sukan Malaysia nampaknya masih belum surut daripada isu pengambilan bahan terlarang atau...

Kes Zamani Diaibkan, Karyawan...

MELALUI sebuah akhbar tempatan, persatuan Karyawan dilaporkan sedia menawarkan bantuan guaman buat vokalis kumpulan...

Kejadian Tanah Runtuh Di...

KUALA LUMPUR - Berikut kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Karak...

Gaza Jadi Zon Maut, Kata Ketua WHO

NEW YORK – Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang ‘tidak berperikemanusiaan’ kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot, menurut ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, Gaza umpama sebuah zon maut.

“Sebahagian besar wilayah telah musnah. Lebih 29,000 orang terbunuh dan ramai lagi hilang atau dianggap meninggal dunia manakala ramai lagi penduduk cedera,” katanya dalam sidang media.

Kekurangan zat makanan yang teruk telah meningkat secara mendadak di seluruh Semenanjung Gaza sejak konflik bermula, meningkat daripada kurang satu peratus penduduk kepada lebih 15 peratus di beberapa kawasan.


“Angka ini akan meningkat lebih lama perang ini berlangsung dan bekalan terputus,” kata Tedros.

Ketua WHO itu turut menyuarakan kebimbangan mendalam apabila agensi-agensi seperti Program Makanan Sedunia (WFP) tidak dapat akses ke wilayah di utara Gaza.

Beliau turut mengulangi risiko serius yang dihadapi oleh pekerja bantuan dan menekankan kepentingan untuk memastikan keselamatan mereka.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori