• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

25 PATI Termasuk 6 Positif Dadah Ditahan

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Paha Wanita Terkoyak, Tangan Cedera Diserang Tiga Anjing
Share on FacebookShare on Twitter

Kudat: Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk enam positif dadah ditahan dalam Operasi Bersepadu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di daerah ini, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Operasi bersepadu itu dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Agensi Antidadah Kebangsaan

(AADK), kira-kira jam 8 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, operasi bersepadu itu dilakukan berdasarkan maklumat perisikan yang diperoleh sebelum ini.

Katanya, pegawai dan anggota dari semua agensi yang terbabit diatur gerak ke kawasan persekitaran Jeti Nelayan Kudat dan pemeriksaan dilakukan pasukan serbuan dari darat.

“Tiga aset ronda zon Maritim Kudat turut diatur gerak bagi melakukan pengawasan serta pemantauan dan seterusnya membuat pemeriksaan di kawasan perairan berhampiran.

“Ketika pemeriksaan dijalankan, terdapat beberapa individu yang bertindak terjun ke laut dan bersembunyi di antara ruang sempit bot nelayan bagi mengelak daripada diperiksa.

“Bagaimanapun, dengan kehadiran anggota yang ramai serta bantuan pengawasan dan pemantauan aset ronda di laut, individu gagal melarikan diri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, hasil operasi berkenaan, seramai 25 individu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Ini termasuk dua warga tempatan yang didapati positif dadah jenis Methamphetamine melalui saringan urin oleh AADK.

“Semua suspek ditahan seterusnya diserahkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 6 (1) (c) kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah ketika diperiksa dan Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan), 1983 kerana disyaki penagih dadah.

Katanya, pihaknya merakamkan penghargaan kepada semua agensi sahabat yang terbabit dalam menjayakan operasi bersepadu ini.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa demi memastikan keselamatan di Zon Maritim Malaysia terutamanya di daerah Kudat sentiasa terjamin,” katanya.

HarianMetro-

Tags: ditahanPatipositif dadah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan selepas ditemukan bersama sepucuk senjata api, sejumlah peluru serta...

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli mengalu-alukan usaha berterusan pihak berwajib mendakwa mana-mana ahli politik atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd