Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Mashitah Sedia Bertanding Kawasan...

KUALA LUMPUR - Bekas Anggota Parlimen Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sedia bertanding...

Isu Doping Atlet Di...

KETUA kontinjen negara ke Sukan Komanwel 2018, Huang Ying How mengakui beliau mengetahui...

6 Disember Sebutan Kes...

GEORGE TOWN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 6 Disember depan...

Singapura Sudah Bersedia Anjur...

SINGAPURA - Singapura yang akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-28 pada Jun...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

KUALA LUMPUR: Dua individu dan sebuah syarikat didenda RM76.32 juta kerana mengelak larangan terhadap barang larangan import di Pelabuhan Klang, Selangor pada 2019.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Cawangan Perhubungan Awam Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam kenyataan berkata, syarikat dan individu berkenaan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74(1)(d) Akta Eksais 1976.

Menurutnya, mahkamah mensabitkan semua tertuduh dengan kesalahan dan menjatuhkan hukuman pada 21 Februari lalu.

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, denda mahkamah sebanyak RM35.04 juta dan sekiranya gagal membayar akan dikenakan enam bulan penjara.

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 74(1)(d) Akta Eksais 1976 pula, denda mahkamah sebanyak RM41.28 juta dan sekiranya gagal membayar akan dikenakan enam bulan penjara.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan Seksyen 119A Akta Kastam 1967, semua tertuduh hendaklah membayar duti import sebanyak RM2.064 juta dan sekiranya gagal membayar akan dikenakan enam bulan penjara.


“Berdasarkan Sekyen 59A Akta Eksais 1976, semua tertuduh hendaklah membayar duti eksais sebanyak RM4.1 juta dan sekiranya gagal membayar akan dikenakan enam bulan penjara.

“Mahkamah membenarkan permohonan pembelaan bagi ‘stay of execution’ dengan syarat tambahan iaitu membayar wang jaminan yang dinaikkan kepada RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

“Semua tertuduh perlu melaporkan diri ke Balai Polis yang berdekatan pada setiap bulan. Sabitan hukuman ini adalah sebagai satu bentuk teladan dan pengajaran kepada tertuduh serta orang awam,” katanya.

Terdahulu, pada 29 Oktober 2019, pemeriksaan kastam terhadap kontena menunjukkan bahawa dagangan diikrarkan sebagai Ladies Skirt, Women Dress dan Vest.

Ia berbeza dengan isi kandungan fizikal dagangan yang ditemui iaitu rokok berjumlah 10.32 juta batang serta bernilai RM3,504,000 dengan jumlah duti dan cukai keseluruhannya sebanyak RM6.19 juta.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori