• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubah Suai Belakang Lori Seludup Diesel

oleh Mohd Arshad
25/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
TH Nafi Agih Kuota Haji Kepada Pihak Swasta
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menahan sebuah lori yang diubah suai bahagian belakang disyaki untuk aktiviti penyelewengan minyak diesel dalam operasi bersepadu di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Paya Rumput di sini pada malam Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarahnya, Mohd Firdaus Shariff berkata, pemeriksaan yang dilakukan ke atas lori berkapasiti 4,500 kilogram itu menemui sebuah tangki kosong bersaiz besar dipercayai untuk diisi minyak diesel.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lori terbabit mampu mengisi 3,000 liter minyak diesel di dalam tangki yang telah diubah suai.

“Lori itu dipandu lelaki tempatan berusia 30-an dan dipercayai dalam perjalanan mengisi diesel di stesen minyak berdekatan.

“Lori yang ditahan ini antara tiga kenderaan yang disita atas pelbagai kesalahan,” katanya selepas operasi bersepadu di Paya Rumput di sini pada Khamis.

Jelas beliau, pihaknya juga mengeluarkan 275 notis membabitkan pelbagai kesalahan termasuk menyita tiga kenderaan terbabit.

Menurutnya, pelbagai kesalahan dikesan dan diambil tindakan dengan kesalahan paling banyak dilakukan ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans iaitu sebanyak 142 notis, tiada lesen memandu (73 notis), kesalahan teknikal (21 notis) dan lain-lain kesalahan (20 notis).

Katanya, sebanyak 755 kenderaan juga diperiksa dan sebanyak 132 kenderaan telah diambil tindakan bagi pelbagai kesalahan membabitkan 118 kenderaan persendirian, 13 kenderaan barangan dan satu kenderaan perkhidmatan awam.

“Kenderaan yang disita dikenalpasti melakukan kesalahan tiada lesen memandu, cukai jalan tama tempoh atau tiada cukai jalan dan tiada perlindungan insurans,” katanya.

SinarHarian-

Tags: DieselJPJloriseludupubah suai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol tanpa subsidi bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 16...

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd