• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) adalah sumbangan sebuah syarikat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Besar Kedah itu berkata, syarikat terbabit mempunyai konsesi projek loji rawatan air di negeri ini dan berharap konsesi itu akan disambung.

Beliau yang juga Presiden KFA berkata bagaimanapun, kerajaan negeri tidak menyambung konsesi syarikat itu dan wang sumbangan RM6 juta terbabit dipulangkan semula.

“Plot itu saya tahu membabitkan syarikat besar yang lobi untuk dapat sambungan konsesi rawatan air, syarikat itu derma kerana nak suruh kita sambung.

“Saya kata konsesi ini kita tak sambung, kita nak buat sendiri. Dermalah RM80 bilion pun tak sambung, lepas itu dia minta balik duit (sumbangan),” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap di Dewan Tunku Putra.

Beliau ditanya mengenai dakwaan plot yang berlaku dalam pelbagai isu termasuk penahanan reman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KFA membabitkan isu rasuah RM6 juta.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, sumbangan syarikat itu dibuat ketika pasukan bola sepak Kedah masih di bawah pengurusan KFA.

Tegasnya, beliau akan mendedahkan lebih banyak plot secara bersiri selepas ini sekiranya pihak yang berkepentingan mahu terus ‘berperang’ dengannya.

“Depa (mereka) nak bagi Kedah nampak buruk dengan rasuah, saya tak sambung konsesi mana boleh kata rasuah.

“Semua persatuan bola sepak di negara ini ada terima hasil sumbangan, derma. Mana ada untuk keuntungan urus pasukan bola,” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Sanusi mengingatkan agensi penguatkuasaan tidak menjadi ‘barua’ (suruhan) kepada pihak yang memiliki kepentingan politik tertentu.

Sanusi berkata, beliau tidak dapat menerima tindakan yang dilakukan terhadap empat individu yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, kerana ia didakwa menzalimi orang miskin.

Kelmarin, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu termasuk CEO KFA yang mana masing-masing berusia antara 40 hingga 60 tahun bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai RM6 juta.

Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji rawatan air di Kedah.

BHonline-

Tags: KFASanusisumbangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sumbangan Diterima Serendah 50 Sen Hingga RM100, Betapa Kuatnya Sokongan Masyarakat Terhadap Najib – Cheng Guan

Sumbangan Diterima Serendah 50 Sen Hingga RM100, Betapa Kuatnya Sokongan Masyarakat Terhadap Najib – Cheng Guan

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Huan Cheng Guan berkata beliau dimaklumkan UMNO berjaya mengumpul lebih...

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd