• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Seleweng Kutipan Zakat Lebih RM9 Juta Direman Seminggu

oleh AK-47
06/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Suami Isteri Seleweng Kutipan Zakat Lebih RM9 Juta Direman Seminggu
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pasangan suami isteri yang ditahan berhubung kes penyelewengan kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM9.62 juta telah direman selama tujuh hari.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, lelaki berusia 50 tahun dan wanita 53 tahun yang bertindak sebagai ejen kutipan zakat direman sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah.

Menurut beliau, kedua-dua individu tersebut ditangkap oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak selepas menerima laporan daripada MAIPk.

“Reman dilakukan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kita peroleh tujuh hari bermula hari ini (Sabtu) hingga 12 Januari ini.

“Siasatan awal mendapati suspek menjalankan transaksi kutipan menerusi dalam talian. Bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Sinar Harian melaporkan pasangan suami isteri ditangkap di sebuah lokasi di Kuala Lumpur sekitar jam 12.35 tengah hari tadi selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat MAIPk.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mendedahkan, polis melakukan siasatan terhadap sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk selepas dipercayai gagal mendepositkan zakat bermula Mac hingga September 2023.

-Sinar Harian

Tags: Kutipan ZakatSeleweng
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Pemain Bola Sepak Ditahan Polis

Next Post

Tiada Permohonan Menghadap Sehingga 31 Januari – Sultan Ibrahim

Related Posts

Dua Kakitangan Badan Berkanun Ditahan Disyaki Seleweng RM600,000

Dua Kakitangan Badan Berkanun Ditahan Disyaki Seleweng RM600,000

08/01/2025
0

PUTRAJAYA - Dua kakitangan sebuah badan berkanun di Perlis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki salah guna kuasa...

Warga Emas Dituduh Seleweng Wang Pampasan Tanah Penduduk

Warga Emas Dituduh Seleweng Wang Pampasan Tanah Penduduk

20/03/2023
0

KUCHING : Seorang pesara swasta mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan wang pampasan tanah penduduk kampung berjumlah RMRM155,820 empat tahun...

Next Post
Tiada Permohonan Menghadap Sehingga 31 Januari – Sultan Ibrahim

Tiada Permohonan Menghadap Sehingga 31 Januari - Sultan Ibrahim

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd