• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cari Fauziah Bantu Siasatan Kes Tipu Katering Kenduri Kahwin

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Cari Fauziah Bantu Siasatan Kes Tipu Katering Kenduri Kahwin
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Polis sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penipuan dalam urusan katering di daerah ini yang berlaku pada 25 Disember lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, wanita terbabit, Fauziah Abdul Hamid, 40, dengan alamat terakhir di Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan Fauziah berkaitan kes Ayer Hitam 1603/23 yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu tersebut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat BSJK IPD Jempol, Sarjan Norhisham Zulkifli di nombor telefon 017-6219957 atau 06-4582222 sambungan 102,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada 25 Disember tahun lalu media melaporkan sebuah majlis perkahwinan di daerah ini bertukar menjadi ‘mimpi ngeri,’ apabila pihak katering tidak muncul.

Berikutan itu, keluarga pengantin mengalami kerugian kira-kira RM13,000 akibat ditipu dan terpaksa memasak sendiri hidangan selain mencari set kerusi dan meja untuk diletakkan di dalam dewan yang sudah ditempah.

-Sinar Harian

Tags: Kes Tipu Katering Kenduri Kahwinpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd