• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemansuhan Pencen: Cuepacs Harap Ruang Perbincangan

oleh AK-47
28/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemansuhan Pencen: Cuepacs Harap Ruang Perbincangan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Nerus : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan segera memperkenalkan kadar gaji minimum yang lebih baik kepada penjawat awam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, langkah itu untuk memastikan penjawat awam bagi penjawatan akan datang mampu bertahan dengan keputusan pemansuhan pencen yang diumum kerajaan.

Menurutnya, hasrat kerajaan memansuhkan skim saraan tidak akan menjadi masalah jika kerajaan turut memperkenalkan kadar gaji minimum yang lebih baik untuk dinikmati penjawat awam.

Katanya, tidak adil kakitangan awam dianggap sebagai beban negara sedangkan golongan itu hanya hidup ala kadar dengan gaji sedia ada, ditambah dengan isu kos sara hidup yang terus meningkat naik.

“Dengan gaji yang kecil, kami tidak mampu menyediakan lebih kemudahan kepada tanggungan dari segi perumahan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan atau belanja harian.

“Sebab itu kami tolak apabila kerajaan mahu mansuhkan skim saraan, isunya kenapa mansuh ketika kadar gaji penjawat awam masih rendah dan tidak mampu senangkan keluarga sebelum bersara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Solidariti Cuepacs Zon Timur Bersama Presiden Cuepacs, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Cuepacs sudah memohon kerajaan mempercepatkan kenaikan gaji tanpa menunggu kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) selesai dan dibentang untuk Bajet 2025.

Menurutnya lagi, Cuepacs juga kecewa dengan pengumuman kerajaan mengenai pemansuhan pencen yang dibuat tanpa kajian bersama sekali gus dibimbangi menjadikan sektor perkhidmatan awam pada masa akan datang tiada sambutan.

“Kami berharap masih ada ruang perbincangan dengan kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mencari kaedah terbaik seterusnya menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas,” katanya.

-Harian Metro

Tags: CuepacsPemansuhan Pencen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BNM Dijangka Kekalkan OPR 3.0 Peratus Sepanjang Tahun Ini

Next Post

Dakwaan 10 Lagi MP Pembangkang Sokong PM: Kerajaan Bersikap Terbuka

Related Posts

Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS

Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS

18/08/2024
0

KUALA LUMPUR : CUEPACS terbuka kepada aduan dan saranan orang ramai berhubung penyampaian perkhidmatan awam supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan secara...

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana

08/08/2024
0

Kuala Lumpur : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik kenaikan gaji kepada kumpulan pelaksana yang dijangka...

Next Post
Dakwaan 10 Lagi MP Pembangkang Sokong PM: Kerajaan Bersikap Terbuka

Dakwaan 10 Lagi MP Pembangkang Sokong PM: Kerajaan Bersikap Terbuka

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd