• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koo Ham Syak Kebakaran Disebabkan Kenyataan Sentuh Islam

oleh Mohd Arshad
10/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gunung Berapi Indonesia Meletus, Amaran Berjaga-jaga Tertinggi Dikeluarkan
Share on FacebookShare on Twitter

MANJUNG – Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mengesyaki kejadian kebakaran rumahnya dipercayai disebabkan kenyataan media mengenai cadangannya menyentuh isu hal ehwal agama Islam yang dibuat sebelum ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Alasan tersebut diberikan kerana sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat sepanjang 33 tahun tidak pernah berlaku kejadian seumpama itu.

Malah katanya, tidak ada sebarang ugutan mahupun amaran diterima berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, terdapat pemimpin politik yang memutar belit kenyataan media yang dibuat pada 28 Disember lalu sehingga mendatangkan kebencian melampau kepadanya.

“Saya tak memusuhi sesiapa sepanjang 33 tahun menjadi wakil rakyat. Malah sepanjang tempoh ini saya kenal dengan orang setempat dan mereka semua baik dengan saya.

“Jadi saya syak suspek yang membuat khianat ini ada kaitan dengan kenyataan media yang telah saya keluarkan pada 28 Disember 2023,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Beruas di Ayer Tawar di sini pada Rabu.

Bercerita mengenai kejadian kebakaran tersebut, Koo Ham menjelaskan, ketika kejadian beliau sedang tidur bersama isteri sehingga dikejutkan dengan bunyi loceng rumah.

Katanya, dua individu di luar rumah menjerit memaklumkan berlaku kebakaran sebelum melihat kenderaannya yang diparkir di hadapan rumah terbakar.

Beliau kemudiannya terus menghubungi Balai Polis Ayer Tawar dan pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memadamkan kebakaran.

“Selepas api berjaya dipadamkan, saya nampak ada objek di tempat kejadian. Saya kemudian terus menghampiri objek berupa serpihan botol yang dilekatkan bersama satu objek seperti bekas bunga api.

“Jadi saya syak ini perbuatan khianat dengan api untuk membakar harta benda saya dan rumah saya. Tiga kereta saya terbakar termasuk di bahagian hadapan rumah,” katanya.

Beliau turut menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis berhubung kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Koo Ham menjelaskan, kejadian tersebut tidak mengganggu tugasnya sebagai wakil rakyat dan akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Beruas.

“Saya maafkan sesiapa yang lakukan perbuatan ini jika mereka terpedaya dengan fitnah dan putar belit sehingga mendatangkan kebencian kepada saya.

“Mereka sepatutnya hidup gembira. Janganlah disebabkan perbuatan ini mereka terpaksa bersembunyi untuk elak ditangkap,” katanya.

Pada 30 Disember tahun lalu, Koo Ham mengemukakan memohon maaf atas cadangannya agar pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Ahli Parlimen dari parti DAP itu berkata, beliau langsung tidak berniat masuk campur dalam hal ehwal agama Islam ketika membuat cadangan berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan kediaman Penasihat DAP Perak itu di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar di sini terbakar pada awal pagi Rabu.

Kejadian sekitar jam 3 pagi itu bagaimanapun hanya melibatkan garaj kereta di bahagian depan rumah.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri tidak menolak kemungkinan kebakaran berlaku akibat perbuatan khianat.

Beliau berkata, siasatan awal dilakukan di lokasi kejadian telah menemui satu botol disyaki mengandungi bahan letupan berkenaan.

SinarHarian-

Tags: Datuk Ngeh Koo HamislamKenyataan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gunung Berapi Indonesia Meletus, Amaran Berjaga-jaga Tertinggi Dikeluarkan

Next Post

Langkah Dubai: Polis Terima 75 Laporan

Related Posts

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

Polis Tumpaskan Kegiatan Seks Bertukar Pasangan, Tahan 36 Individu

Duta Asing Dinasihatkan Berhati-hati Keluar Kenyataan Berkaitan Palestin

30/08/2024
0

REMBAU - Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan duta asing di negara ini supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan berkaitan...

Next Post
Koo Ham Syak Kebakaran Disebabkan Kenyataan Sentuh Islam

Langkah Dubai: Polis Terima 75 Laporan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd