Thursday, May 16, 2024

Creating liberating content

Sesi Simulasi PRU14 Perak...

IPOH - Sesi pengendalian simulasi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Perak yang...

Pemuda UMNO Desak TNB...

22 APRIL - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) mendesak Tenaga Nasional Berhad (TNB)...

PRN Sarawak: 40 Pengundi...

KUCHING - Koridor Sekolah Kebangsaan Kuala Annau di Tatau, Bintulu dekat sini yang...

Jawatankuasa Khas Jejak Lesen...

JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengesan dan...

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi

JOHOR BAHRU [DIKEMAS KINI] Seramai 120 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas kuarters pekerja sebuah tapak perkilangan di Ulu Choh di sini diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), awal pagi Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, dalam operasi pada jam 1.42 pagi itu, kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 108 warga Bangladesh, lapan lelaki Pakistan, dua warga India, seorang lelaki warga Nepal dan seorang lelaki warga Indonesia.

Menurut beliau, operasi diadakan susulan maklumat awam berhubung PATI di kawasan tersebut tidak memiliki pas atau dokumen pengenalan diri yang sah.

“Operasi kali ini berdepan cabaran kerana lokasi serbuan berada agak jauh dari laluan utama.

“Kawasan penempatan pekerja serta tapak perkilangan bahan binaan dikelilingi ladang kelapa sawit.


“Terdapat 30 kontena dan bahan cerucuk besi yang membahayakan keselamatan pegawai semasa operasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, seramai 600 warga asing telah diperiksa oleh 140 pegawai imigresen semasa operasi dijalankan.

“Antara kesalahan dikesan termasuk tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa.

“Kesemua warga asing ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c). Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori