• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beradik Dirempuh Lori Agensi Penyelamat Menang Saman RM1.12 Juta

oleh Mohd Arshad
12/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kebakaran Rumah Ngeh Koo Ham, Polis Tahan Seorang Suspek
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Dua beradik yang parah dirempuh sebuah lori agensi penyelamat di Jalan Pantai Damat, Bachok hampir dua tahun lalu menerima pampasan RM1.12 juta termasuk faedah dan kos selepas menang saman, Selasa lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu diputuskan Hakim Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Ahmad Bazli Badruddin selepas meneliti bukti dikemukakan kedua-dua plaintif, Ag Ku Syaiful Nizam Ag Ku Maidin, 26, dan adiknya, Awangku Syakil Daniel, 19.

Beliau berkata, mahkamah turut menimbangkan keterangan saksi sepanjang perbicaraan dan hujahan kedua-dua pihak.

Katanya, defendan dalam kes berkenaan iaitu Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam, Mohd Salwi Mohamed dan Kerajaan Malaysia perlu bertanggungjawab penuh dan membayar ganti rugi kepada kedua-dua plaintif.

Kedua-dua plaintif itu memfailkan saman melalui Tetuan Kuay & Partners terhadap kedua-dua defendan.

Naimi Syahira Mohamad selaku peguam mewakili defendan.

Dalam kejadian 13 Jun 2022, dua beradik itu menaiki motosikal jenis Honda RSX dirempuh lori milik sebuah agensi penyelamat yang memasuki laluan bertentangan.

Kemalangan itu menyebabkan Ag Ku Syaiful Nizam cedera pada betis kanan, pergelangan lengan kanan dan luka pada kaki kiri manakala adiknya cedera pada sebelah kanan kepala, paha kanan dan mulut.

Menerusi penyataan tuntutan yang dikemukakan oleh Ag Ku Syaiful Nizam dan Awangku Syakil, mereka meminta ganti rugi am sebanyak RM1.12 juta dengan kadar faedah 2.5 hingga lima peratus termasuk pelbagai jenis kos dari tarikh kemalangan pada 13 Jun 2022 hingga 9 Januari 2024.

Sementara itu, peguam kedua-dua plaintif, Nor Anis Hisham berkata, mahkamah memutuskan defendan perlu membayar ganti rugi am dan khas kepada kedua-dua anak guamnya.

Katanya, kemalangan yang berlaku itu mengakibatkan kesakitan dan kesengsaraan kepada kedua-dua plaintif.

“Plaintif pertama mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan. Plaintif kedua pula mengalami kecederaan pada bahagian kepala, paha dan lain-lain kecederaan,” katanya.

BHonline-

Tags: dirempuhdua beradikLori Agensi Penyelamatsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

Lelaki Kejar Dua Beradik Dengan Pisau Ditahan

Lelaki Kejar Dua Beradik Dengan Pisau Ditahan

08/02/2026
0

MELAKA: Seorang pelajar perempuan bersama adiknya berdepan detik cemas apabila dikejar seorang lelaki tidak dikenali dipercayai bersenjatakan pisau di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd