• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Anggota Polis Ditahan Disyaki Samun, Rogol Penuntut Asing

oleh AK-47
11/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Dua Anggota Polis Ditahan Disyaki Samun, Rogol Penuntut Asing
Share on FacebookShare on Twitter

Ampang Jaya : Dua anggota polis ditahan kerana disyaki terbabit kes samun dan rogol remaja perempuan warga Uzbekistan dalam kenderaan peronda polis (MPV) di Bukit Ampang di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata, polis mengesahkan menerima dua laporan daripada lelaki dan remaja perempuan warga asing yang juga penuntut kolej swasta.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 10.09 malam kelmarin, ketika mangsa dan rakan lelakinya berada di Bukit Ampang View, ditahan oleh dua orang suspek lelaki yang lengkap beruniform.

Menurutnya, kedua-dua suspek bertindak membawa mangsa dan rakannya ke tempat yang berasingan.

“Dalam kejadian itu, seorang suspek merogol mangsa manakala rakan lelaki pula dibawa ke bank kerana perlu menjelaskan bayaran yang diminta oleh kedua-dua suspek atas kesalahan lalu lintas.

“Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menangkap kedua-dua suspek petang semalam dan direman selama tujuh hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua kertas siasatan dibuka iaitu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kejadian ini, boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Ampang Jaya ditalian 03-42897222 bagi membantu siasatan.

“Pihak polis juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terbabit dalam mana-mana kes jenayah ataupun mana-mana salah laku dan siasatan akan dijalankan secara telus,” katanya.

-Harian Metro

Tags: polisrogolsamun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Berhasrat Menjadi Negara Hab Umrah Serantau

Next Post

Malaysia Tak Mohon Ekstradisi ‘Raja Dadah’ Ditahan Di Laos

Related Posts

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

05/07/2025
0

REMBAU – Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan...

Next Post
Malaysia Tak Mohon Ekstradisi ‘Raja Dadah’ Ditahan Di Laos

Malaysia Tak Mohon Ekstradisi 'Raja Dadah' Ditahan Di Laos

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd