• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bella Masih Berada Dalam Negara, Dua Lagi Ditahan Bantu Siasatan

oleh Mohd Arshad
10/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Langkah Dubai: Polis Terima 75 Laporan
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – [DIKEMAS KINI] Polis percaya ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu, masih berada di dalam negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan masih dijalankan, namun perkara tersebut tidak boleh didedahkan kerana bimbang mengganggu siasatan.

Menurut beliau, dua lagi individu telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

“Buat masa ini kita masih lagi membuat siasatan dan ada perkembangan yang saya ‘reserve’ (rahsia) dulu (namun) saya sahkan ada dua tangkapan dan kita telah reman mereka ini.

“Saya tak boleh beritahu (secara terperinci) kerana kalau dedahkan mungkin sensitif sebab siasatan sedang berjalan, nanti orang nak bawa keluar Bella pun tak jadi bawa keluar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Balai Polis Sri Gading di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah.

Sebelum ini, Bella yang mempunyai dua anak berusia dua dan empat tahun, dilaporkan hilang selepas didakwa keluar bersama teman lelakinya ke sebuah kedai dobi.

Laporan polis telah dibuat dua kali oleh ahli keluarganya pada 16 dan 18 Disember lepas.

Susulan itu, seramai lima individu telah diambil keterangan oleh pihak polis termasuk teman lelaki Bella berusia 24 tahun yang direman selama tujuh hari bermula 25 Disember lalu bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam perkembangan lain, Kamarul Zaman berkata, pihaknya akan memberikan kerajasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berhubung kes rasuah membabitkan pegawai dan anggota polis serta seorang ahli patologi di sebuah hospital di negeri ini.

Katanya, siasatan masih berjalan dan pihaknya sentiasa berhubung dengan SPRM bagi mengetahui perkembangan terkini kes berkenaan.

“Ada setengah kes itu sudah buka kertas siasatan tatatertib atas kesalahan yang dilakukan dan pelanggaran tatatertib siasatan terhadap 33 pegawai dan anggota yang terlibat.

“Tak ada mobiliti cuma yang terlibat itu telah kita gerakkan mereka ubah tempat kerja mereka supaya tidak lagi melakukan penugasan tersebut sehingga siasatan selesai,” katanya.

Sebelum itu, Kamarul Zaman memaklumkan seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah termasuk seorang wanita ditahan SPRM, susulan agensi penguat kuasa itu menahan seorang pegawai patologi sebuah hospital.

Penahanan itu dibuat susulan wujud persoalan berhubung ratusan kes dadah yang mungkin dilepaskan dan perlu disiasat semula ekoran aktiviti rasuah itu.

Hasil siasatan SPRM mendapati, 33 pegawai dan penolong pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) seluruh daerah di Johor dipercayai terbabit bersama ahli patologi itu sejak 2018.

Berkenaan banjir di Johor, Kamarul Zaman menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya memantau pergerakan anak-anak ketika musim banjir.

“Pasukan keselamatan sering mengingatkan supaya jangan bermain dengan air ketika musim banjir sama dengan bermain api.

“Api semasa kecil kawan, bila besar jadi lawan.

“Begitu juga dengan air, kalau dilihat ada remaja kanak-kanak malah orang tua sendiri seronok main air,” katanya.

SinarHarian-

Tags: BellaHILANGsiasatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Langkah Dubai: Polis Terima 75 Laporan

Next Post

Isu Perbelanjaan Promosi Keluarga Malaysia: SPRM Ambil Keterangan Ismail Sabri

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Polis Minta Bantuan Kesan Tiga Remaja Perempuan Hilang Di Ipoh

Polis Minta Bantuan Kesan Tiga Remaja Perempuan Hilang Di Ipoh

06/01/2025
0

IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada Oktober dan Disember tahun...

Next Post
Isu Perbelanjaan Promosi Keluarga Malaysia: SPRM Ambil Keterangan Ismail Sabri

Isu Perbelanjaan Promosi Keluarga Malaysia: SPRM Ambil Keterangan Ismail Sabri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd