• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Menyusu Botol Tiba-tiba Tidak Sedarkan Diri, Meninggal Dunia

oleh Mohd Arshad
07/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Cukup Sudah Jumlah SD, Tunggu Hari Sahaja’ – Sanusi
Share on FacebookShare on Twitter

Nilai: Bayi lelaki berusia empat bulan yang sedang menyusu botol secara tiba-tiba tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala, pagi kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, bayi yang dalam jagaan pengasuh itu sempat dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Nilai, namun tidak memberikan respons ketika dirawat.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kira-kira 9.30 pagi, polis dihubungi KK Nilai memaklumkan bayi lelaki meninggal dunia yang dibawa seorang wanita dari kawasan Rumah Rakyat Nilai, di sini.

“Siasatan awal dijalankan dan polis mendapati bayi itu yang dijaga wanita berkenaan di kawasan Rumah Rakyat Nilai.

“Kira-kira 8.30 pagi, penjaga memberi minum susu kepada bayi kemudian diletakkan secara mengiring di atas toto. Tidak lama selepas itu penjaga dapati terdapat susu yang mengalir keluar dari mulut bayi itu,” katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, penjaga kemudian mengangkat bayi itu serta menepuk belakangnya sebelum meminta bantuan jiran membawa mangsa ke KK Nilai.

“Pemeriksaan awal oleh pihak KK Nilai mendapati tiada tanda-tanda bayi masih hidup kerana mangsa tidak menunjukkan apa-apa tindak balas ketika diperiksa.

“Hasil pemeriksaan awal juga pihak polis mendapati tiada kesan kecederaan pada fizikal tubuh badannya,” katanya.

Katanya, bedah siasat dijalankan di Hospital Tuanku Jaafar semalam dan laporan mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada bahagian kepala namun tiada sebarang kesan kecederaan pada luaran tubuh bayi.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis,” katanya.

HarianMetro-

Tags: bayimeninggal duniamenyusu botol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd