Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Kawalan Pastikan Sukan Layar...

LANGKAWI - Tinggal dua minggu lagi sebelum bermulanya acara layar Sukan SEA ke-29...

Sesungguhnya 2019 Sentuh Hati...

KURANG dua minggu dimuat naik di laman perkongsian video YouTube, video muzik lagu...

Kuasa Twitter Pertemukan 4...

KUALA LUMPUR - Kuasa Allah SWT dan kuasa media sosial, seorang adik berjaya...

“Semua Wanita Nak Bahagia,...

ISU keruntuhan rumah tangga antara suami pelakon Izreen Azminda, Ude dengan Intan Liyana...

PRK Kemaman: Calon BN Rayu Pengundi Buat Keputusan Terbaik

CHUKAI : Beberapa jam sebelum tamat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sekali lagi merayu pengundi memberi peluang kepadanya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pesanan itu dititipkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia menerusi video berdurasi 47 saat yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, ‘Raja Mohamed Affani RMA’.

Menerusi rakaman itu, Raja Mohamed Affandi bukan sahaja mengalu-alukan kepulangan perantau untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tetapi meminta pengundi membuat keputusan tepat esok.

“Saya Raja Mohamed Affandi, calon nombor 1 ingin mengalu-alukan kepulangan mereka yang berada di perantauan dan kembali menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Parlimen P40 Kemaman.

“Apa pun saya ingin menyeru dan juga merayu kepada mereka yang pulang ini membuat keputusan yang wajar yang terbaik bukan untuk diri mereka bahkan untuk keluarga dan untuk masa depan mereka.

“Pakej yang ada di bawah Kerajaan Perpaduan sekarang cukuplah baik dan saya menyeru memberikan atau mengundi Barisan Nasional (dengan) mengundi saya calon nombor 1. Kita cakna Kemaman untuk Kemaman,” katanya

Raja Mohamed Affandi turut melahirkan rasa terima kasih kepada semua jentera yang membantunya berkempen sepanjang PRK Parlimen Kemaman.


“Mereka inilah di antara jentera yang sentiasa bekerja kuat membantu saya sepanjang tempoh berkempen.

“Di saat-saat akhir ini saya pasti akan terus bekerja keras membantu dan bertemu rakyat Kemaman, menerangkan pelbagai maklumat yang mungkin tidak sampai kepada pengundi-pengundi di Kemaman,” katanya.

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.

BN mempertaruhkan Raja Mohamed Affandi, manakala Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diberi tanggungjawab mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman yang dimenangi PAS sebelum ini.

Seramai 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing termasuk 387 anggota polis dan sembilan anggota tentera.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori