• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Pasar Raya Maut Nahas Dua Kenderaan

oleh Mohd Arshad
24/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Negeri Sembilan Turut Dilanda Banjir, Mangsa Meningkat Di Kelantan, Terengganu
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pekerja sebuah pasar raya maut selepas kereta dipandu bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam nahas di Jalan Sungai Lembing di sini pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Iswara, Muhammad Daniel Haiqal Yusdi, 24, dari Taman Kampung Padang Perdana di sini disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu SUV jenis Honda HRV bersama isteri dan dua anak mereka dilaporkan cedera dan menerima rawatan di zon kuning Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kenderaan dinaiki juruteknik MTBE Petronas bersama keluarga dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Sungai Lembing.

“Ketika tiba di lokasi, kereta dipandu mangsa, Muhammad Daniel Haiqal dari arah Sungai Lembing dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan SUV dinaiki empat sekeluarga itu.

“Akibat kejadian, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, tujuh anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Menurutnya, mangsa yang tersepit dikeluarkan pihak bomba menggunakan peralatan menyelamat sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak perubatan untuk dihantar menerima rawatan,” ujarnya.

SinarHarian-

Tags: mautNahas Kenderaanpekerja pasar raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Negeri Sembilan Turut Dilanda Banjir, Mangsa Meningkat Di Kelantan, Terengganu

Next Post

Amanah Lulus Empat Usul

Related Posts

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

02/07/2025
0

PENGKALAN HULU - Seorang warga emas maut selepas ditimpa pokok yang ditebang di kebunnya di Kampung Klian Intan di sini pada...

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

29/06/2025
0

Jertih: Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam...

Next Post
Pekerja Pasar Raya Maut Nahas Dua Kenderaan

Amanah Lulus Empat Usul

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd