• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Pasar Basah KipMall Tampoi ‘Terjejas’, 114 PATI Ditahan

oleh Mohd Arshad
11/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Operasi Pasar Basah KipMall Tampoi ‘Terjejas’, 114 PATI Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Operasi pasar basah di KipMall Tampoi, di sini ‘terjejas’ apabila seramai 114 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di situ dicekup Jabatan Imigresen negeri ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 51 lelaki Myanmar, 34 lelaki dan lapan wanita Indonesia, 10 lelaki Bangladesh, lapan lelaki Nepal dan tiga lelaki India berusia antara 19 hingga 58 tahun.

“Serbuan menerusi Ops Belanja dan Ops Selera itu dijalankan pada pukul 11.30 pagi Jumaat lalu oleh seramai 90 pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasa Negeri, pegawai Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar.

“Operasi ini hasil risikan selama seminggu setelah kami menerima aduan awam tentang kewujudan warga asing yang bekerja tanpa permit atau pas sah di premis tersebut. Seramai 228 warga asing serta warga tempatan diperiksa, manakala 114 daripada mereka ditahan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baharuddin berkata, semua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c), iaitu gagal megemukakan dokumen perjalanan sah, Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa, Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, iaitu salah guna Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas ditetapkan.

“Kesemua tahanan telah ditempatkan di Depoh Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya sambil meminta orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

Beliau turut menyeru warga asing untuk merebut peluang menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang akan tamat pada 31 Disember ini.

“Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dan akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi menangkap PATI serta majikan yang masih berdegil,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: KipMallOperasi Pasar BasahPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd