• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Jepun Fokus Perbanyak Kerjasama Ekonomi

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia-Jepun Fokus Perbanyak Kerjasama Ekonomi
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Malaysia dan Jepun terus memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara selain membuka lebih banyak kerjasama dalam pelbagai bidang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun lima hari bermula hari ini hingga 18 Disember ini.

Menurut beliau, antara bidang tersebut yang diberi fokus ialah ekonomi, pertahanan dan keselamatan, sains, teknologi, inovasi, persekitaran dan pertukaran budaya.

“Hari pertama lawatan kerja yang penuh bermakna. Adalah mustahak untuk Malaysia memastikan hubungan dengan Jepun terus maju dan menarik minat lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara.

“Kami turut membincangkan kaedah untuk mengembangkan lagi kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, tenaga dan alam sekitar.

“Kami kemudian telah menyaksikan pemeteraian dan pertukaran Pertukaran Nota bagi Pelaksanaan Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan di bawah Program Bantuan Keselamatan Rasmi dan Memorandum Kerjasama dalam Pembangunan dan Aplikasi Angkasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau juga menggunakan kesempatan pertemuan bagi menghargai sokongan dan solidariti Jepun terhadap konflik Israel-Palestin.

Pada September lalu, ASEAN dan Jepun sepakat untuk menubuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif yang substantif dan saling menguntungkan.

Terdahulu, Anwar mengadakan lawatan kerja ke Jepun pada 16 hingga 18 Disember untuk menyertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.

Sidang kemuncak peringatan itu dijangka memperakukan Kenyataan Wawasan Bersama dan Pelan Pelaksanaannya yang akan menjadi dokumen-dokumen panduan untuk melakar hala tuju strategik perkongsian ASEAN-Jepun untuk masa hadapan.

Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

-Utusan Online

Tags: jepunKerjasama EkonomiMalaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan kejayaan transformasi Battersea Power Station di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd