• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kren Tumbang, 40,000 Pengguna ETS, KTM Komuter Terjejas

oleh Mohd Arshad
13/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tidak Perlu Cetak Cukai Jalan Digital – JPJ
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lebih 40,000 pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembah Klang laluan KL Sentral – Tanjung Malim – KL Sentral terjejas, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ia selepas terdapat gangguan akibat sebuah kren pembinaan projek parkir bertingkat tumbang di Stesen Rawang, sekitar pukul 5.53 petang.

Difahamkan, kren yang digunakan dalam pembinaan projek parkir tersebut dipercayai mengalami masalah apabila tanah di lokasi kejadian tiba-tiba mendap mengakibatkan jentera tersebut condong ke arah landasan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, insiden tersebut mengakibatkan bahagian atas kren tersebut patah dan jatuh menimpa kabel elektrik (overhead line) di kedua-dua arah sekali gus menyebabkan ia terputus.

Menurutnya, kejadian mengakibatkan bekalan elektrik di beberapa stesen KTM membabitkan perkhidmatan ETS dan Komuter termasuk tren kargo terjejas.

“Kejadian mengakibatkan perkhidmatan tren elektrik ETS dan KTM Komuter Lembah Klang di laluan Kl Sentral – Tanjung Malim – KL Sentral serta tren kargo mengalami gangguan dan kelewatan melebihi dua jam

“Malam tadi pasukan kita sudah pun ke lokasi untuk menyiasat punca sebenar kejadian dan hari ini mereka akan menemu bual individu-individu yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Mohd. Rani berkata, susulan kejadian itu, pengurusan KTMB telah mengaktifkan bilik gerakan bencana pada petang semalam bagi melakukan kerja-kerja membaikpulih kerosakan dialami.

Katanya, kakitangan KTMB telah melakukan isolasi bekalan elektrik di laluan terjejas kerana terdapat banyak kejadian litar pintas berlaku sebaik kabel di lokasi kejadian terputus.

“Selain litar pintas, bekalan elektrik dari stesen Rawang dan Kepong Sentral juga terputus, jadi kami mengambil pendekatan memendekkan isolasi tersebut hanya membabitkan stesen Kuang dan Rawang sahaja.

“Tindakan itu diambil bagi memastikan kawasan tersebut selamat untuk kerja baikpulih yang dijangka selesai dalam jangka masa 24 jam dari sekarang,” katanya

Mengulas lanjut, Mohd. Rani berkata, beliau dan seluruh pengurusan KTMB memohon maaf kepada semua pengguna dan pelanggan perkhidmatan ETS, KTM Komuter serta tren kargo akibat masalah tersebut

Pada masa sama, beliau berkata, penumpang yang memutuskan untuk tidak meneruskan perjalanan dengan KTMB boleh menghubungi pengurusan bagi mendapatkan semula pemulangan tambang tiket melalui KTMB-wallet.

“Akibat insiden itu, seramai lebih 10,000 pengguna ETS dan KTM Komuter terjejas semalam manakala kami jangkakan lebih 30,000 lagi pengguna turut terjejas hari ini kerana proses membaikpulih masih lagi dijalankan.

“Kerja membaikpulih sedang giat dilaksanakan bagi pemasangan kabel terputus, penggantian komponen rosak dan proses pengujian bekalan elektrik di lokasi terjejas sebelum kembali beroperasi seperti sedia kala.

“Kita jangkakan semua proses tersebut siap dalam jangka masa 24 dari sekarang,” katanya.

Kosmo-

Tags: ETSkren tumbangKTM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Rakyat Johor menikmati satu lagi kemudahan pengangkutan awam yang lebih pantas dengan perkhidmatan ETS bagi...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd