• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Zayn Rayyan: Polis Minta Bantuan INTERPOL

oleh Mohd Arshad
23/12/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kes Zayn Rayyan: Polis Minta Bantuan INTERPOL
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK : Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata bantuan yang diperlukan daripada INTERPOL dalam semakan pangkalan data berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

“Kita ada minta bantuan daripada pihak INTERPOL dalam ‘data base’ (pangkalan data) mereka kerana ada beberapa maklumat walaupun bukan conclusive (muktamad), tetapi ada yang boleh membantu siasatan.

“Kita pun ada maklumat (tidak didedahkan) yang mereka boleh bantu semak dalam ‘data base’ mereka (INTERPOL),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, hari ini.

Beliau berkata, fokus siasatan polis kini adalah untuk mengesan ‘prime crime scene’ atau tempat kejadian jenayah pertama di mana lokasi sebenar Zayn Rayyan dibunuh.

“Seperti yang kita maklumkan, tempat mayatnya ditemui itu adalah ‘second crime scene’ (tempat jenayah kedua) dan kita biasanya kurang dapat keterangan fizikal yang boleh dikaitkan dengan penjenayah.

“Jadi dalam kes ini, pihak polis berhadapan cabaran untuk mengesan keterangan-keterangan sehingga tertangkapnya suspek atau mereka yang terbabit.

“Seperti yang saya sebut sebelum ini, kes ini bukan kes yang ‘straight forward’ (jelas dan mudah), kita masih meneruskan siasatan dan polis masih berada di lokasi setiap hari,” katanya.

Jelas beliau, keadaan kes itu menyukarkan pihak polis untuk mengetahui di mana ‘primary crime scene’ dengan lebih awal, cabaran yang dihadapi oleh polis.

Dalam pada itu, Hussein berkata, menerusi pemeriksaan rumah ke rumah, pihaknya sudah merakam keterangan seramai 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) individu.

“Daripada keseluruhan sampel itu, sebanyak 240 sampel sudah dianalisa dan lain-lain sampel yang dihantar ke Jabatan Kimia kita sudah pun dapat keputusan.

“Walau bagaimanapun, tiada keputusan positif yang dapat membantu siasatan buat masa ini,” katanya.

Katanya, sejak siasatan dijalankan lebih dua minggu lalu, seramai 12 individu sudah ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk narkotik namun tiada kaitan dengan kes Zayn Rayyan.

“Pihak polis tidak berputus asa dan masih meneruskan siasatan dan kita masih ada aktiviti setiap hari di kawasan itu (Apartmen Idaman) dan di lain-lain kawasan yang pihak polis boleh bantu sehingga tertangkapnya suspek.

“Semakan pada semua rakaman ‘dashcam’ kenderaan dan CCTV (kamera litar tertutup) yang diperoleh, apa yang kita boleh katakan ialah kita mendapat ‘very minimal’ (sangat minima) maklumat yang boleh bantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis sudah berusaha menjalankan siasatan cuma pada ketika ini masih mencari petunjuk yang lebih positif.

“Polis kini sudah masuk fasa ketiga siasatan dengan fasa pertama dan kedua sudah selesai iaitu pemeriksaan dari rumah ke rumah membabitkan 18 blok di apartmen itu.

“Fasa kedua, kita buat pemeriksaan dari rumah ke rumah di kediaman yang pada fasa pertama pemeriksaan penghuninya tiada di rumah.

“Pada fasa ketiga, kita lebih fokuskan siasatan di blok tertentu yang kita buat pemeriksaan dengan lebih mendalam dan teliti termasuk siasatan forensik di setiap rumah di blok berkenaan,” katanya.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, kira-kira jam 10 malam pada 6 Disember lalu.

Kematian Zayn Rayyan kemudian diklasifikasi daripada mati mengejut kepada kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

-Berita Harian

Tags: InterpolKes Zayn Rayyanpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Saya Hanya Rujuk Buku, Bukan Hina Keling’ – Anwar

Next Post

Kapal Tangki Dari India Ditembak Iran – Pentagon

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post
Kapal Tangki Dari India Ditembak Iran – Pentagon

Kapal Tangki Dari India Ditembak Iran - Pentagon

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd