Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Tak Setuju...

KETUA Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Abdul Rahman tetap dengan pendirian...

Anak Lelaki Pengerusi Mara...

KUALA LUMPUR - Anak lelaki Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Awang...

SPRM Temukan Wang Tunai...

IPOH - Wang tunai hampir RM1 juta dan barangan kemas ditemukan dalam kotak...

UMNO, BN Bertanding Semua...

ARAU : UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri tidak menolak kemungkinan bertanding semua...

Kes Remaja Disimbah Asid, Polis Rakam Keterangan 12 Individu

SHAH ALAM: Polis sudah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan kes seorang remaja perempuan cedera disimbah asid di kawasan Denai Alam pada 8 November lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol, berkata siasatan kes itu masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek.

“Setakat ini seramai 12 individu dirakam percakapan. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan, bapa mengharapkan keadilan buat anaknya Nadia Fasha Qistina, 19, yang melecur 70 peratus di muka dan badan akibat disimbah asid tanpa sebarang motif.


Azman Shah Mohammad, 43, berkata anaknya baru tamat persekolahan dan bekerja di sebuah klinik swasta di Denai Alam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada 8 November lalu, katanya, Nadia dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal sebelum dihampiri seorang penunggang p-hailing yang menyimbah cecair asid ke arahnya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori