• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera

oleh Mohd Arshad
30/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
15
Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Kerajaan Terdahulu
Share on FacebookShare on Twitter

PERMATANG PAUH: Dua pekerja gudang perkakas cedera termasuk seorang melecur sehingga 70 peratus selepas premis tempat mereka bekerja terbakar dalam kejadian di Jalan Permatang Janggus, di sini, pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam insiden pada kira-kira jam 11 pagi itu, beberapa kenderaan termasuk lori, kereta dan motosikal turut dilaporkan musnah dijilat api.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata seramai 41 anggota dari beberapa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 11.05 pagi berhubung insiden berkenaan.

Katanya, sebaik tiba didapati kebakaran membabitkan sebuah gudang menyimpan perkakas termasuk bahan cat dengan anggaran peratusan kemusnahan 80 peratus.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, didapati kebakaran turut memusnahkan dua lori, tiga kereta dan dua motosikal.

“Terdapat dua mangsa iaitu seorang pekerja lelaki asing warga Myanmar berusia lingkungan 50-an dan wanita warga tempatan berusia 30-an mengalami kecederaan.

“Pekerja lelaki melecur sehingga 70 peratus, manakala pekerja wanita pula cedera ringan dan mereka dihantar ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, anggota kemudian membuat kerja pengawalan dan pemadaman api sebelum kebakaran dapat dikawal pada jam 11.48 pagi.

“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.20 tengah hari. Pasukan bomba seterusnya menjalankan kerja ‘overhaul’ bagi memastikan tiada apa-apa yang berbahaya lagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya yang memaklumkan operasi turut disertai Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.45 petang.

BHonline-

Tags: gudangpekerjaTerbakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Kerajaan Terdahulu

Next Post

11 Tempat Letak Kereta DBKL Dilesenkan Sebagai Joki

Related Posts

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

26/07/2025
0

Bintulu: Seramai 12 pekerja cedera dengan kesan melecur pada badan dan tangan masing-masing akibat disambar api ketika berusaha memadam kebakaran...

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Next Post
Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera

11 Tempat Letak Kereta DBKL Dilesenkan Sebagai Joki

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd