• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Tempat Letak Kereta DBKL Dilesenkan Sebagai Joki

oleh Mohd Arshad
30/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Tempat letak kereta terbuka di tepi lorong Off Jalan Sultan Ismail yang dirujuk pengadu dalam video tular mendakwa adanya ‘Ulat Parkir’ merupakan kawasan yang dilesenkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk parkir secara joki.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

DBKL menerusi kenyataan lewat petang tadi memaklumkan siasatan pihaknya mendapati lapan petak parkir di kawasan itu telah disewa kepada syarikat persendirian untuk perkhidmatan joki selepas waktu pejabat.

“Tempat letak kereta ini merupakan petak parkir di bawah kawalan DBKL dan dikenakan bayaran parkir. Bayaran dikenakan pada waktu pejabat iaitu hingga jam 5 petang,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, bagi memastikan orang awam maklum mengenai perkhidmatan tersebut, DBKL telah mengarahkan pihak operator joki meletakkan papan tanda makluman operasi di tapak berkenaan dengan segera.

Dimaklumkan, keseluruhan terdapat 11 tempat letak kereta DBKL telah dilesenkan sebagai joki parkir di sekitar Kuala Lumpur.

Maka dijelaskan bukan semua tempat letak kereta DBKL boleh digunakan tanpa bayaran selepas waktu pejabat.

“Pasukan DBKL akan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih kerap di kawasan tumpuan ‘ulat parkir’ iaitu di Bukit Bintang, Jalan Beremi dan Jalan Walter Grenier bagi membanteras ‘ulat parkir’,” menurut kenyataan itu lagi.

Video tular yang dimuat naik Asyraf Rosli pada 27 Disember lalu di aplikasi X yang mendapat tontonan lebih 722 ribu.

Di video itu tertera tulisan bahawa dia telah diugut supaya membayar RM15 bagi membolehkannya meletak kereta di sekitar Bukit Bintang pada waktu malam.

Dia turut menunjukkan kesan calar pada kereta didakwa akibat enggan membayar caj berkenaan.

Untuk rekod, seramai 75 ulat parkir telah diambil tindakan sejak tahun 2022 di bawah Seksyen 50(3) dan Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BHonline-

Tags: DBKLjokitempat letak kereta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera

Next Post

Serangan Tembakan Siam Paragon: Belum Boleh Bicara Suspek

Related Posts

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

09/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon

‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon

06/04/2025
0

KUALA LUMPUR: 'Adakah sebab saya pernah ada kes (rekod jenayah) maka saya tidak boleh mencari rezeki halal? Salahkah saya," demikian...

Next Post
11 Tempat Letak Kereta DBKL Dilesenkan Sebagai Joki

Serangan Tembakan Siam Paragon: Belum Boleh Bicara Suspek

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd