Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Warganet Nafi Boikot Produk...

KUALA LUMPUR - Warnaget menafikan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang...

Kesan Covid-19, Paru-Paru Berfungsi...

KUALA LUMPUR - Akibat virus Covid-19, separuh daripada paru-parunya kini sudah tidak boleh...

Safiey Illias Kini Kembali...

MASIH ingat lagi berita penghijrahan pengasas kosmetik, Safiey Illias yang sebelum ini merupakan...

Tak Patuh SOP Bukan...

KUALA LUMPUR: Kewujudan kluster baharu jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga asing di pelbagai...

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

KOTA TINGGI : Syarikat serta ejen pekerja asing yang mengeksploitasi golongan itu dengan janji kerja palsu perlu disiasat serta dikenakan hukuman lebih tegas kerana mencabuli hak asasi manusia sekali gus melakukan jenayah kemanusiaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata negara tidak lagi boleh bertolak ansur dengan pencabulan berkenaan dalam sektor perniagaan terutamanya dalam mengeksploitasi pekerja asing yang mempunyai permit sah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong semalam susulan laporan media ratusan warga Bangladesh yang dakwa ditipu ejen pekerjaan berjalan beramai-ramai di satu kawasan di Pengerang sehingga menimbulkan kegusaran awam.

“Sebagai Ahli Parlimen Pengerang, saya sudah menghubungi Menteri Sumber Manusia dan saya dimaklumlan bahawa terdapat kira-kira 2,500 pendatang yang ditipu berada di Pengerang.

“Ini hanyalah sebahagian daripada masalah yang lebih besar.

Pesalah di sebalik sindiket ini (ejen pekerjaan) mesti bertanggungjawab dan siasatan segera mesti dijalankan ke atas siapa yang mengeluarkan permit ini tanpa pekerjaan tersedia.

“Tanggungjawab dan peranan semua syarikat yang terbabit juga harus disiasat untuk menentukan bagaimana pekerja asing yang sah boleh dieksploitasi dan terpikat dengan janji kerja di Malaysia. Ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan.


“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan pencabulan hak asasi manusia termasuk dalam sektor perniagaan. Sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan tegas terhadap perniagaan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam muat naik di akaun X, hari ini.

Semalam, ratusan warga asing yang mendakwa ditipu ejen pekerjaan dilaporkan berjalan beramai-ramai di satu kawasan daerah ini sehingga menimbulkan kegusaran awam Rabu lalu, namun semuanya sudah ditahan polis.

Video ratusan PATI yang berjalan beramai-ramai itu tular di media sosial sejak kelmarin sehingga menyebabkan kebimbangan masyarakat.

Hasil tindakan pemeriksaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) seramai 171 lelaki warga Bangladesh berumur antara 19 hingga 43 tahun ditahan Rabu lalu untuk siasatan lanjut oleh di atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, Azalina turut memuji keprihatinan Menteri Sumber Manusia kerana segera menghulurkan bantuan kepada pekerja asing yang didakwa telah ditipu oleh ejen pengambilan yang berjanji untuk mendapatkan pekerjaan mereka.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori