Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Islam Buktikan Islamphobia...

MILAN - Seorang penuntut Muslim, Hamdy Mahisen menunjukkan bahawa Islamophobia terus wujud di...

“Saya Akan Tetap Bersuara”...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Dasar dan Strategi Bersatu, Datuk Dr. Rais Hussin...

Yang Di-Pertuan Agong Selesai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Sabtu...

Jumlah Kes Kesihatan Mental...

LABUAN - Jumlah kes kesihatan mental di pulau bebas cukai ini menunjukkan peningkatan...

Ditikam Sampai Mati Lepas Makan Tengah Hari

Klang : Wanita ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta dengan beberapa kesan tikaman di Taman Chi Liung dekat sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, terdahulu polis menerima laporan daripada orang awam memaklumkan seorang wanita ditikam seorang lelaki di lokasi terbabit.

Beliau berkata, susulan itu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati pada 1.20 petang semalam, mangsa wanita warga tempatan yang berusia 26 tahun berjumpa suspek di sebuah restoran dan ditikam berdekatan kereta selepas mereka selesai makan tengah hari.

“Suspek dipercayai menikam mangsa beberapa kali menggunakan pisau sebelum memasukkannya ke dalam kereta seterusnya memandu ke rumahnya di Kapar.

“Suspek meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya dan cuba mengejutkan mangsa bagaimanapun tidak berjaya sebelum dia mencederakan diri sendiri dengan menikam bahagian badan.

“Pada 4.20 petang, suspek ditangkap sepasukan polis dari Cawangan D9, IPD Klang Selatan dan pemeriksaan lanjut mendapati wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, bedah siasat terhadap mangsa yang dilakukan hari ini mendapati banyak kesan tikaman pada bahagian depan dan belakang badan.

“Punca kematian mangsa disebabkan kesan tikaman di dada yang tembus ke jantung dan siasatan lanjut masih dijalankan polis untuk mengetahui punca sebenar kejadian ini.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kini dalam tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori