• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

oleh Mohd Arshad
06/02/2026
dalam Jenayah
0
Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR BARU BANGI – Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan wanitanya yang juga cikgu sekolah rendah, minggu lalu.

Datu Mohd Effendi Datu Mohd Salleh, 33, yang memakai baju T lengan panjang berwarna hijau, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Saira Banu Mohamed Ashrof Raja.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang telah berkahwin itu didakwa membunuh Nurul Huda Maha Liddin, 44, di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3 di sini, antara jam 11 malam 29 Januari lalu hingga jam 3.32 pagi keesokan hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Alia Safri manakala tertuduh diwakili peguam, Aravind Raj dan Serena Paul.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 2 April depan untuk serahan laporan kimia dan forensik.

-Sinar Harian

Tags: cikgukes bunuhPenjual Lembu
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Wanita Hilang Ditemui Maut, Dipercayai Dibunuh Kekasih

Wanita Hilang Ditemui Maut, Dipercayai Dibunuh Kekasih

30/01/2026
0

BATU PAHAT - Misteri kehilangan seorang wanita yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd