• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid 19: KPM Sedia Patuhi SOP

oleh Mohd Arshad
04/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Covid 19: KPM Sedia Patuhi SOP
Share on FacebookShare on Twitter

RANTAU PANJANG: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai usaha membendung penularan jangkitan itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya Fadlina Sidek berkata, setiap arahan yang diberikan KKM itu akan dipatuhi dari masa ke masa.

“Kita ambil tindakan berdasarkan kepada nasihat yang telah dikeluarkan oleh KKM.

“Sop itu sudah ada,” katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas kluster Covid-19 dalam kalangan warga pendidik.

Terdahulu, beliau turun padang meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi yang dijadikan sebagai sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain itu Fadhlina turut beramah mesra dengan mangsa yang berlindung di PPS tersebut.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, sebanyak 3,626 kes Covid-19 dicatatkan dalam tempoh seminggu dari 19 November hingga 25 November lalu, iaitu peningkatan 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang dilaporkan pada 12 November hingga 18 November lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, 48 peratus daripada jumlah kes itu terdiri daripada mereka yang berusia antara 20 tahun hingga 40 tahun namun lebih 98 peratus bergejala ringan.

“Kes mingguan dikesan melepasi angka 1,000 kes pada setiap minggu dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3 peratus.

“Terdapat lapan kluster Covid-19 yang masih aktif dilaporkan dengan sejumlah 121 kes terlibat dalam kluster tersebut. Jumlah kumulatif kluster yang dilaporkan adalah sebanyak 7,248. Majoriti kluster yang dilaporkan adalah kluster pendidikan,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: Covid-19KPMSOP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah yang dikatakan untuk meringankan golongan ibu...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd