• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: JN.1 Mula Merebak

oleh Mohd Arshad
24/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Amanah Lulus Empat Usul
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Mungkin bukan hanya keceriaan disebarkan pada musim perayaan ini, kerana varian Covid-19 JN.1 sudah mula dikesan berada di Malaysia kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sebanyak 61 sampel diambil daripada beberapa kawasan di Sarawak menunjukkan kehadiran dua sub-varian Omicron yang dominan iaitu JN.1 (49 peratus) dan HK.3 (26 peratus).

“Sampel-sampel ini diperoleh dari sekitar kawasan Kuching / Samarahan, dengan beberapa kes di Sibu,” kata Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak, Dr David Perera.

Pada 19 Disember lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan JN.1 sebagai varian Covid-19 yang mempunyai kepentingan berikutan tahap penyebaran tinggi di seluruh dunia.

Menurut ahli virologi, Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit, penyebaran cepat JN.1 dalam beberapa bulan terakhir menunjukkan kebolehjangkitannya amat tinggi.

“Ia mungkin lebih cekap mengelak sistem imun kita. JN.1 mengandungi mutasi tambahan yang mempengaruhi protein spike virus penting yang memasuki sel hos,” katanya.

Meskipun mengakui belum ada bukti menunjukkan JN.1 membawa risiko lebih tinggi kepada kesihatan awam berbanding varian lain, beliau bagaimanapun berkata tidak bermakna ia membawa ancaman rendah.

“Gejala utama jangkitan JN.1 serupa dengan subvarian Omicron lain. Bagi pesakit berusia, yang immunocompromised, dan yang mempunyai pelbagai komorbiditi seperti diabetes dan penyakit jantung, sub-varian seperti JN.1 boleh menyebabkan kemasukan wad dan kematian.

“Ia juga boleh menyebabkan long Covid walaupun pada pesakit yang muda,” katanya.

JN.1 pertama kali dikesan pada September lalu di Amerika Syarikat (AS) dengan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit negara itu pada 8 Disember melaporkan kira-kira 15 hingga 29 peratus kes Covid-19 merupakan jangkitan JN.1.

Lebih 40 negara telah melaporkan jangkitan JN.1 termasuk United Kingdom (UK), Denmark, Sepanyol dan Iceland.

Minggu lalu, China mengesan tujuh kes JN.1 manakala India baru sahaja mengesan JN.1 melalui RT-PCR dalam pemantauan berterusan. Singapura, Thailand, Indonesia dan Australia juga melaporkan JN.1 di negara masing-masing.

Dr Lam berkata, langkah perlindungan terbaik tetap seperti dahulu iaitu mendapatkan vaksin, pemakaian pelitup muka di kawasan sesak dan mengurangkan pendedahan kepada pesakit.

“Sesuatu yang positif ialah vaksin sedia ada, terutamanya vaksin dwivarian dan vaksin monovarian yang dikemaskini mampu menghasilkan antibodi yang berfungsi melawan JN.1 dan sub-varian sedia ada.

“Antibodi ini mungkin tidak sepenuhnya menghalang penularan atau jangkitan, tetapi mampu mengurangkan kemungkinan jangkitan yang teruk dan risiko kematian,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pengambilan vaksin masih diperlukan.

“Orang yang tidak divaksin dan tidak pernah mendapat jangkitan ialah hos ideal bagi SARS-CoV-2 dan dalam penghasilan varian baharu.

“Ini disebabkan ketiadaan pemilihan negatif oleh antibodi yang menjadikannya lebih mudah bagi virus untuk bereplika dan menghasilkan mutasi baru,” katanya.

Covid-19 akan terus bermutasi disebabkan tekanan pilihan (selection pressure) dan ini menjadikannya amat penting bagi semua negara untuk terus memantau perubahan antigenik dan berkongsi maklumat tersebut antara satu sama lain.

Bernama-

Tags: Covid-19merebakvarian Covid-19 JN.1
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amanah Lulus Empat Usul

Next Post

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat, 4 Sungai Lepasi Paras Bahaya

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

01/09/2024
0

KOTA BHARU: Kanak-kanak, individu berimuniti rendah, penghidap ekzema dan wanita mengandung mudah mendapat jangkitan Mpox atau cacar monyet yang teruk...

Next Post
Covid-19: JN.1 Mula Merebak

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat, 4 Sungai Lepasi Paras Bahaya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd