• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas ADUN Pertang Akhirnya Muncul Di Mahkamah

oleh Mohd Arshad
14/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Kesan Dua Budak Yang Nampak Zayn Rayyan Di Blok R
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Selepas dua kali gagal hadir dan dikeluarkan waran tangkap bagi pengesahan nikah dengan bekas isteri kedua yang dilangsungkan pada 27 Julai lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang akhirnya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Terdahulu, Hakim Ruzita Ramli terpaksa menangguhkan prosiding selama 15 minit selepas Noor Azmi Yusof, 56, tidak muncul di kamar dan hanya diwakili Peguam Asmawi Ismail.

Hakim tidak menerima alasan peguam yang memaklumkan anak guamnya baru pulang daripada menunaikan umrah dan menganggap ia tidak menghormati mahkamah.

“Saya arahkan waran tangkap kan? Hari ini perlu hadir, saya dah arahkan hadir, perlu hadir. Saya tidak mahu dengar alasan.

“Jadi dia hadir atau tidak? Kenapa peguam tidak pastikan dia hadir bersama-sama peguam? Peguam tak boleh hormati mahkamah, bagaimana masyarakat nak hormati mahkamah,” soal Ruzita.

Asmawi kemudian mengakui yang Noor Azmi hadir dan meminta prosiding ditangguhkan selama 15 minit.

Hakim turut menegaskan mahu prosiding kes itu dijalankan hari ini dan tidak ditangguhkan lagi kerana ia membuang masa mahkamah dan pihak lain.

Sejurus bersambung, Noor Azmi meminta mahkamah menjalankan prosiding kes itu secara tertutup.

Sementara itu, bekas isterinya, Norhaya Ramli, 50, ketika ditemui di luar mahkamah memaklumkan, dia lega kerana Noor Azmi mengakui dan mengesahkan pernikahan mereka berlangsung di sebuah resort di Seremban, pada 28 Julai lalu.

“Saya lega kerana dia akhirnya hadir selepas cuba mengelak beberapa kali. Saya hanya mahu kerjasama daripadanya saja untuk mengesahkan pernikahan kami.

“Lagi pun dia telah ceraikan saya melalui WhatsApp pada 17 Ogos lalu,” katanya.

BHonline-

Tags: Bekas ADUN Pertangmahkamahmuncul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd