Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Tak Sah Solat Tarawih...

PUTRAJAYA - Solat tarawih tidak dibenarkan dilakukan secara dalam talian ketika pelaksanaan Perintah...

Jho Low Menyorok Di...

KUALA LUMPUR - Nama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho...

Penyelenggaraan Jalan LPB Untuk...

PUTATAN : Kerja-kerja penyelenggaraan jalan di laluan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah telah...

Sokongan Warga KKMM Perlu...

KOTA KINABALU - Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) khususnya di Sabah diminta...

Pengasuh Pulas Paha Bayi Sampai Patah

PUTRAJAYA– Keluarga seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang mengalami patah paha kanan dipercayai dipulas pengasuh bertekad mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan insiden sedemikian tidak berulang kepada individu lain pada masa depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Faridzuwan Kamaruddin, buat masa sekarang, dia telah membuat laporan di Balai Polis Dengkil berhubung insiden menimpa anaknya, Nur Qaseh Neliya yang mengalami patah tulang paha ketika berada dalam jagaan pengasuh.

“Kejadian berlaku pada 15 November lalu apabila saya dihubungi pengasuh berusia 25 tahun kira-kira pukul 5.45 petang yang mengatakan kaki anak perempuan patah ketika cuba menggeliat.

“Sejurus selepas itu, saya dan isteri menjemput Qaseh di rumah pengasuh sebelum membawanya ke sebuah hospital pakar di Bandar Baru Bangi.

“Bagaimanapun, selepas petugas perubatan melakukan X-ray, mereka memaklumkan bahawa kecederaan dialami bukan disebabkan menggeliat atau terjatuh, tetapi mungkin dipulas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Menurutnya, Nur Qaseh seterusnya dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut di mana doktor di situ turut mendedahkan bahawa kecederaan dialami disebabkan perkara sama selain mempunyai unsur penderaan.


“Alhamdulillah, anak saya telah dibenarkan keluar hospital pada Jumaat lalu dan kini sedang berada di rumah. Bagaimanapun, keadaan tidak begitu aktif seperti sebelum ini ekoran kecederaan dialami.

“Atas sebab itu, saya mahu mengambil tindakan undang-undang kepada pengasuh itu kerana tiada belas kasihan selain tidak mahu perkara sama berlaku kepada bayi atau kanak-kanak lain,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Faridzuwan berkata, insiden tersebut bukan kali pertama berlaku kepada anaknya kerana sebelum ini turut terjadi kecederaan sama apabila Nur Qaseh pernah mengalami lebam pada pipi.

“Alasan diberikan dia ialah anak saya terkena gelang semasa dipangku olehnya, namun apabila dibawa untuk rawatan di klinik, doktor mengatakan ia bukan terkena gelang, sebaliknya seakan ditekan.

“Ketika itu, saya tidak membuat laporan polis, tetapi kali ini, saya sudah membuatnya (laporan). Sekarang ini, cuma tunggu tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa,” tegasnya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori