• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendirian Najib, Beliau Menanti Duit Sumbangan Arab

oleh Mohd Arshad
08/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Pendirian Najib, Beliau Menanti Duit Sumbangan Arab
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu pegawai penyiasat bahawa akaun peribadinya di Bank AmIslamic dibuka bagi tujuan menerima sumbangan daripada Arab Saudi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pendirian itu dinyatakan Najib berikutan akaun peribadi Bank AmIslamic miliknya yang berakhir dengan nombor 694, dibuka pada tahun 2011 selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika itu, Almarhum Abdullah Abdul Aziz Al Saud.

Dalam prosiding pemeriksaan balas hari ini, saksi ke-48 pendakwaan iaitu Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Asisten Komisioner Foo Wei Min berkata, dalam siasatan kes bekas Ahli Parlimen Pekan itu memaklumkan beliau pada ketika kejadian menantikan sumbangan daripada Arab Saudi.

Pegawai penyiasat itu turut mengesahkan cadangan Muhammad Shafee bahawa akaun peribadi Bank AmIslamic terbabit menerima dana daripada daripada Bank Riyad.

Muhammad Shafee: Arahan anak guam saya ialah, beliau membuka akaun untuk menerima derma Arab Saudi dan itu pendiriannya dalam kes ini. Bukankah beliau memaklumkan kepada anda mengenainya?

Wei Min: Ya

Muhammad Shafee: Akaun dengan nombor berakhiran 694 yang dibuka untuk menerima wang sumbangan itu , memang sebenarnya datang daripada Bank Riyad?

Wei Min: Ya

Saksi itu yang mengesahkan bahawa beberapa transaksi adalah daripada Putera Faisal Turki Al Saud dan Kementerian Kewangan Riyadh, bagaimanapun berkata pihak berkuasa tidak mendapatkan penyata bank daripada Arab Saudi sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

Ketika disoal sama ada mengetahui sumber wang yang dipindahkan oleh Putera Faisal dan Kementerian Kewangan Riyadh ke akaun Najib, saksi itu menjawab, “Ia berasal daripada wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).”

Sementara itu, Wei Min tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa ada ‘kelompangan dalam siasatannya kerana pihak berkuasa tidak mendapatkan penyata bank daripada kedua-dua pihak terbabit.

Saksi itu kemudian disoal sama ada beliau menjalankan siasatan penyata akaun bank tiga dana syarikat iaitu Cistenique Inv (Cistenique), Enterprise Emerging Markets Fund (EEMF) dan Devonshire Capital Growth Fund (Devonshire), yang dikatakan memindahkan AS$1.59 bilion yang berasal daripada perolehan bon oleh 1MDB Global Investment Limited (1MDB GIL) kepada Tanore Finance Corp.

Tanore ialah syarikat pelaburan yang dimiliki Tan Kim Loong iaitu dikatakan sekutu kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Menjawab persoalan itu, Wei Min berkata, beliau hanya melihat sekilas dokumen berkaitan dana itu yang diberikan oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Muhammad Shafee: Adakah ini bermakna anda tidak menganalisis dokumen berkenaan?

Wei Min: Perspektif saya dalam siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram hanya tertumpu kepada terdapat wang masuk ke dalam Tanore daripada ketiga-tiga dana ini.

Muhammad Shafee: Adakah anda bertemu sesiapa daripada ketiga-tiga dana ini untuk mengesahkan siasatan anda?

Wei Min: Saya tidak pernah merekodkan sebarang kenyataan daripada sesiapa daripada ketiga-tiga dana ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

-Berita Harian

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakSumbangan Arab
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembelajaran Fleksibel Kunci Pendidikan Masa Depan

Next Post

Kes Guru Tunjuk Kemaluan Masih Dalam Siasatan Polis

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post
Kes Guru Tunjuk Kemaluan Masih Dalam Siasatan Polis

Kes Guru Tunjuk Kemaluan Masih Dalam Siasatan Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd