Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Beri Najib Masa Tunaikan...

SIBU - Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem meminta semua pihak supaya memberi...

DBKL Akan Tentukan Kadar...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menentukan kadar sewa untuk...

MyDhalanTheLegend & #KisahSeorangBiduan

20 TAHUN lalu di hotel sohor Kuala Lumpur, saya sempat duduk semeja dengan bintang...

Undi PH Bererti Undi...

SESIAPA yang mengundi Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang...

Kes Guru Tunjuk Kemaluan Masih Dalam Siasatan Polis

Georgetown : Kes seorang guru sekolah rendah di Balik Pulau di sini, yang didakwa menunjukkan kemaluan ketika dalam kelas masih dalam siasatan pihak polis, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hui Ying berkata, pihaknya sedia maklum berhubung kejadian itu, namun tiada butiran lanjut memandangkan ia masih dalam siasatan.

“Kes berkenaan sudah dilaporkan kepada pihak polis dan biar mereka jalankan siasatan dahulu.

“Sekiranya kejadian itu benar berlaku, siasatan akan dilakukan di bawah (mengikut) kes gangguan seksual.


“Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa kita tidak akan berkompromi dengan kes sebegini, tidak kira ia membabitkan guru mahupun pelajar,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Anjung Ketipang Payung di Sekolah Kebangsaan Tan Sri P Ramlee di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, difahamkan seorang wanita mendakwa anaknya yang berusia 10 tahun memberitahu bahawa guru lelaki menunjukkan kemaluan ketika berada dalam kelas pada 2 November lalu sebelum wanita terbabit membuat laporan polis.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori