Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Tom Hanks Bakal Keluarkan...

LONDON - Pelakon popular Hollywood Tom Hanks bakal melancarkan buku pertama hasil tulisannya...

PTPTN Tutup Tirai 2019...

KUALA LUMPUR - Biarpun berdepan suasana ekonomi tidak menentu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi...

Ahli Lapor SPRM Calon...

IPOH : Seorang ahli PKR Tambun membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Ibu Bercinta, Kahwin Dengan...

KES 'haruan makan anak' yang melibatkan bapa dan anak perempuan bukan lagi sesuatu...

Nelayan Didakwa Cabul Anak Luar Nikahnya Sendiri

KOTA BHARU – Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan mencabul anak luar nikahnya, bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh yang berusia 44 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan mencabul wanita berusia 20 tahun yang juga merupakan anak luar nikahnya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di sini kira-kira pukul 4 petang pada 20 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D (Akta 574) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ariyani Mohd. Amin.


Terdahulu, Muhammad Aiman Syahmi mencadangkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes selesai.

Ariyani dalam rayuannya memohon jumlah jaminan tersebut dikurangkan kerana tertuduh hanya bekerja sebagai nelayan dan menanggung isteri dan empat orang anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 16 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori