• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOT Sedia Semak Hukuman Denda Kesalahan Memandu Bawah Umur

oleh Mohd Arshad
15/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MOT Sedia Semak Hukuman Denda Kesalahan Memandu Bawah Umur
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia untuk menyemak semula hukuman denda bagi kesalahan memandu bawah umur kerana ketika ini, ia disifatkan terlalu ringan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya akan mendapatkan maklum balas awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum penambahbaikan akta tersebut dibuat.

Beliau berkata, berdasarkan undang-undang sedia ada, jumlah maksimum denda yang boleh dikenakan adalah sehingga RM2,000.

“Mengikut undang-undang semasa dan dibenarkan, itu adalah maksimum yang boleh kita denda.

“Tetapi sudah tentu kami akan melakukan semakan semula dari semasa ke semasa terhadap undang-undang sedia ada,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sinaran Kasih Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hukuman denda yang diperuntukkan mengikut Seksyen 26(1) APJ yang disifatkan terlalu ringan.

Akta tersebut memperuntukkan hukuman denda minimum RM300 hingga RM2,000 atau penjara hingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ahad lalu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang memandu kereta milik ibunya terbabit kemalangan yang menyebabkan dua mangsa maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Nabil Zikry bin Nasuha Nasua, 23, dan Sabrina, 20 an malah, kedua-dua mangsa difahamkan bakal bertunang pada 17 Disember depan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kereta yang dipandu remaja tempatan terbabit dari arah pulau menuju ke Perai disyaki telah melanggar belakang sebuah lori sebelum merempuh motosikal dinaiki mangsa.

-Utusan Online

Tags: hukuman dendaKesalahan Memandu Bawah UmurMOT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RUU Majlis Media Akan Memasukkan Mekanisme Aduan

Next Post

600 Pelajar Palestin Universiti Awam Dikecualikan Yuran

Related Posts

50% Hasil Bidaan Nombor Plat Khas Kembali Pada MOT – Loke

50% Hasil Bidaan Nombor Plat Khas Kembali Pada MOT – Loke

16/11/2023
0

PARLIMEN | Sebanyak 50 peratus daripada hasil kutipan keseluruhan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dikembalikan...

Dakwaan Rasuah KVMRT: MOT Sedia Bantu Siasatan

31/05/2022
0

PUTRAJAYA : Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan dan rasuah membabitkan projek Klang Valley Mass Rapid Transport...

Next Post
600 Pelajar Palestin Universiti Awam Dikecualikan Yuran

600 Pelajar Palestin Universiti Awam Dikecualikan Yuran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd