• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Majlis Media Akan Memasukkan Mekanisme Aduan

oleh AK-47
15/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RUU Majlis Media Akan Memasukkan Mekanisme Aduan
Share on FacebookShare on Twitter

PARLIMEN l Kerajaan bercadang untuk memasukkan mekanisme aduan dalam draf rang undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia yang dicadangkan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata bahawa ini adalah untuk membolehkan pengamal media “mengawal selia sendiri” dan membenarkan pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu laporan berita, untuk membuat aduan kepada majlis berkenaan.

“Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa bagi meneliti aduan berkenaan, seterusnya mengeluarkan satu keputusan sama ada mereka bersetuju bahawa laporan dikeluarkan organisasi media itu adalah tidak beretika atau tidak melanggar apa-apa.

“Dengan majlis ini, kita boleh memastikan usaha mewujudkan pengamal media yang lebih bertanggungjawab, di samping ada badan berautoriti yang akan membuat keputusan sama ada sesuatu artikel berita itu beretika atau tidak atau tajuknya sengaja dikeluarkan untuk sensasikan emosi masyarakat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Teo menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) berhubung peranan Majlis Media dalam memastikan pengamal media mampu untuk kawal selia kendiri dalam melaporkan berita sahih dan tidak menyebarkan berita kurang tepat.

Berhubung soalan asal Wong berkenaan status terkini penubuhan Majlis Media Malaysia, Teo berkata kementerian itu sedang meneliti dan memuktamadkan kandungan rang undang-undang berkaitan penubuhan majlis berkenaan dengan mengadakan beberapa siri perbincangan secara berkala bersama Jawatankuasa Protem Majlis Media Malaysia (Jawatankuasa Kerja Sementara).

“Sesi perbincangan telah diadakan bagi memastikan peruntukan-peruntukan yang dipersetujui dalam kandungan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia adalah jelas dan mencapai kesepakatan antara semua pihak.

“Antara perkara yang dibincangkan secara lebih teliti dan perlu dipersetujui adalah berhubung beberapa takrifan yang akan dimasukkan dalam rang undang-undang ini, penguatkuasaan yang dimiliki oleh Majlis Media Malaysia dan beberapa isu lain,” kata Teo.

Mengulas cadangan Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) yang berharap Majlis Media Malaysia berperanan meningkatkan literasi media dalam kalangan masyarakat, Teo berkata majlis berkenaan sememangnya akan melaksanakan tanggungjawab berkaitan hal itu.

“Malah, ada juga banyak badan bukan kerajaan menjalankan aktiviti untuk meningkatkan literasi media dan kementerian sudi untuk bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Mumtaz pada sesi jawab lisan, Teo berkata kementeriannya sedang meneliti keperluan memastikan syarikat gergasi teknologi mengalihkan hasil perbelanjaan pengiklanan (Adex) mereka kepada syarikat media tempatan.

Dia berkata demikian selepas Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) membangkitkan isu bahawa banyak syarikat media mempunyai sumber pendapatan berbeza.

“Syarikat media memang menghadapi cabaran dari segi kewangan kerana sumber iklan sudah pergi kepada Adex gergasi seperti Google dan ‘search engine’ (enjin pencarian) yang lain.

“Kami akan memulakan ‘engagement’ (libat urus) dengan Adex gergasi terbabit supaya kita boleh ikut formula negara lain, di mana sumber pendapatan iklan itu sebahagiannya boleh pergi kepada syarikat media di Malaysia.

“Ini memang salah satu hala tuju dan hasrat kita untuk memastikan sumber iklan itu akhirnya boleh sampai kepada syarikat media di Malaysia,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Mekanisme AduanParlimenRUU Majlis Media
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd