• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Rasuah KVMRT: MOT Sedia Bantu Siasatan

oleh Mohd Arshad
31/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan dan rasuah membabitkan projek Klang Valley Mass Rapid Transport (KVMRT) yang disiasat pihak berkuasa Perancis ketika ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau sudah membaca laporan oleh pengendali KVMRT, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berhubung isu itu pada Mac lalu.

Malah, katanya, MRT telah menyatakan kesediaan untuk disiasat termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya terbuka dan kita tiada isu. Biarlah pihak berkuasa siasat perkara itu dan kita tidak gentar dengan apa sekali pun.

“Saya sudah baca dan ikuti perkembangan ini (dakwaan pihak berkuasa Perancis), jangan buat sebarang andaian selagi punca sebenar tidak diketahui,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hari ini.

Katanya, mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam penyelewengan akan diambil tindakan sewajarnya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, pihak berkuasa Perancis kini sedang menyiasat dakwaan penipuan dan rasuah melibatkan projek KVMRT.

Difahamkan, skandal itu melibatkan projek MRT2 bernilai kira-kira RM692 juta dengan tumpuan siasatan kepada sebuah syarikat di Malaysia yang dikaitkan dengan sebuah konglomerat Perancis.

Projek MRT2 yang turut dikenali sebagai Laluan Putrajaya itu diluluskan oleh kerajaan pada 2015 dimana ia adalah fasa kedua KVMRT.

-Utusan Online

Tags: bantu siasatanDakwaan Rasuah KVMRTMOTsiasatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 101 Akta Pengangkutan Awam...

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd