Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Sukan Asia: Penerjun Chew...

INCHEON - Penyertaan sulung penerjun negara, Chew Yiwei dalam Sukan Asia mencatatkan kenangan...

Sidang Kemuncak KL Tidak...

KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 bukan bertujuan mendiskriminasi atau mengasingkan...

Pelabur Global ‘Lari’ Selepas...

KUALAMLUMPUR - Setahun selepas berlangsungnya pilihan raya paling bersejarah di Malaysia, euforia rakyat...

Berhati-Hati Dengan Individu Kutip...

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini memberi amaran kepada...

Lebih 100 Mayat Dikebumi Dalam Satu Kubur Di Gaza

GAZA: Seorang penggali kubur di Gaza terpaksa mengebumikan sehingga 137 mayat dalam satu liang lahad secara rawak dalam tempoh sehari.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Itu pengalaman terpaksa dihadapi Saadi Al Hasan Al Sulaiman, 63, yang menjaga tanah perkuburan Deir Al Balah, di tengah Gaza selama beberapa dekad.

Beliau berkata, pengebumian dengan kaedah itu terpaksa dibuat berikutan tanah perkuburan utama di wilayah terbabit sudah mencapai kapasiti.

“Dalam ruang sekecil enam meter, saya terpaksa mengebumikan sehingga 45 mayat.

“Malah saya turut mengebumikan sehingga 137 mayat dalam liang lahad yang besar.

“Saya tidak pernah mengebumikan begitu banyak mayat sepanjang hidup,” katanya kepada The National, Jumaat lalu.


Lebih 10,800 orang, termasuk sekurang-kurangnya 4,300 kanak-kanak, terbunuh dalam serangan Israel yang membedil dan mengepung Palestin.

Pada masa sama, Saadi berkata, sebelum tanah perkuburan Deir Al Balah mencapai tahap maksimum, beliau mengebumikan ratusan mayat di sana, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.

“Sekurang-kurangnya 600 syuhada dikebumikan di sini sebelum kami mengalami kekangan ruang.

“Tiada siapa yang tahu di mana keluarga mereka dikebumikan. Mayat bukan sahaja bertimbun di luar hospital, di jalan raya dan di taman, malah dalam lori peti sejuk, serta van ais krim,” katanya.

Pengebumian secara beramai-ramai dibenarkan oleh ulama di Gaza.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori