• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Promosi Vape Selepas RUU Kawalan Produk Merokok Berkuat Kuasa

oleh Mohd Arshad
29/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Larangan Promosi Vape Selepas RUU Kawalan Produk Merokok Berkuat Kuasa
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentang di Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua hari ini, menetapkan kawal selia menyeluruh dilaksanakan bagi pengeluaran semua produk merokok termasuk rokok elektronik seperti vape.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pada masa sama, RUU itu bertujuan mengatasi kelompongan undang-undang susulan pengecualian cecair vape bernikotin daripada senarai bahan terkawal Akta Racun 1952.

Ia juga selari usaha kerajaan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) mulai 1 April 2023.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata rokok elektronik atau vape tidak lagi boleh diiklan, dipromosi dan terbabit dalam tajaan selepas RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 berkuat kuasa.

Katanya, peruntukan larangan pengiklanan, promosi dan tajaan produk merokok yang dikuat kuasa dalam undang-undang sedia ada, diperluaskan kepada semua produk termasuk rokok elektronik, produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan.

“RUU itu menerusi Fasal 3, 4, 5 dan 6 turut memperuntukkan semua pengimport dan pengilang produk merokok wajib membuat pendaftaran kepada setiap produk tembakau yang dihasilkan untuk pasaran Malaysia.

“Ini penting dan kritikal kerana ia membolehkan setiap produk direkod spesifikasi dan kandungannya, selain memudahkan penguatkuasaan di lapangan termasuk mengenal pasti produk tidak berdaftar,” katanya membentangkan RUU terbabit di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Zaliha menjelaskan, RUU itu penting untuk dikuatkuasakan, bukan sahaja bagi mengatasi kelompongan perundangan sedia ada dan melindungi golongan bukan perokok kepada kesan sampingan asap rokok, malah kepada golongan kanak-kanak atau didefinisikan sebagai Orang Belum Dewasa (OBD).

Katanya, statistik terkini menunjukkan lima juta rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 15 tahun dan ke atas adalah perokok, malah dengan kewujudan dan trend vape akan menjadikan jumlah perokok dalam lingkungan usia berkenaan terus meningkat.

“Tinjauan kesihatan dan komorbiditi kebangsaan mendapati jumlah perokok dalam lingkungan usia itu bermula seawal 15 tahun, meningkat sekali ganda kepada 1.2 juta pada 2019 berbanding 600,000 perokok pada 2016,” katanya.

Dr Zaliha berkata, RUU itu akan mengawal selia tiga kategori produk merokok iaitu pertama, produk tembakau yang ditafsir sebagai tembakau yang diproses atau apa-apa produk mengandungi tembakau bagi kegunaan manusia.

“Kedua, apa-apa gabungan bahan digunakan untuk merokok termasuk nikotin, Propylene Glycol, Glycerol atau Triethylene glycol (yang boleh didapati di dalam rokok elektronik).

“Ketiga, produk pengganti tembakau iaitu apa-apa produk yang diproses selain produk tembakau (seperti daun nipah) yang boleh digunakan dengan atau tanpa bahan merokok,” katanya.

BHonline-

Tags: promosiRUU Kawalan Produk Merokokvape
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dadah ‘Zombi’ Dikesan Dalam Vape, JSJN Bongkar Sindiket Bernilai RM4.6 Juta

Dadah ‘Zombi’ Dikesan Dalam Vape, JSJN Bongkar Sindiket Bernilai RM4.6 Juta

21/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kegiatan penjualan dadah sintetik berbahaya dikenali sebagai “dadah zombi” kini dikesan menyusup masuk ke dalam pasaran rokok...

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd