• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konflik Palestin-Israel: Houthi Yemen Bedil Israel

oleh Mohd Arshad
01/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dewan Rakyat: 4,994 Kes Buli, KPM Cadang Tambah Guru Kaunseling
Share on FacebookShare on Twitter

SANAA, Yemen – Kumpulan pemberontak Houthi di Yemen mengisytiharkan ‘perang’ ke atas Israel dengan melancarkan peluru berpandu dan dron dari selatan negara itu semalam ke arah bandar Eilat, lapor portal berita Express UK.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Houthi adalah sebahagian daripada ‘paksi penentangan’ Iran dan telah menyokong Hamas sejak kumpulan pejuang Palestin itu melancarkan serangan pada 7 Oktober lalu.

Mereka telah berperang dengan pemerintah Yemen yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sejak 2014 dan menguasai bandar ibu kota, Sanaa.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree berkata, pasukannya melancarkan sejumlah besar peluru berpandu dan dron ke arah Israel dan akan terus menyerang bagi membantu Palestin mencapai kemenangan.

Walaupun Houthi telah melancarkan peluru berpandu ke atas Tel Aviv sejak Rejim Zionis mengisytiharkan perang ke atas Hamas, ini adalah kali pertama kumpulan tersebut secara terbuka mengakui serangan itu.

Kenyataan Yahya di televisyen mengesahkan kebimbangan bahawa konflik Palestin-Israel boleh merebak ke rantau Asia Barat dengan pelbagai pihak menyertai Iran dalam membantu Hamas menentang Israel.

“Angkatan Bersenjata Yemen mengesahkan bahawa operasi ini adalah operasi ketiga untuk menyokong saudara kita yang ditindas di Palestin. Kita akan terus melakukan lebih banyak serangan menggunakan peluru berpandu dan dron sehingga Israel menghentikan pencerobohan,” tegas Yahya.

Kosmo-

Tags: bedilHouthi YemenKonflik Palestin-Israel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konflik Palestin-Israel: Kawalan Keselamatan Di Pintu Masuk Negara Dipertingkat

Konflik Palestin-Israel: Kawalan Keselamatan Di Pintu Masuk Negara Dipertingkat

08/11/2023
0

IPOH : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan memperkasa dan memperkemaskan lagi kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara...

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

Konflik Palestin-Israel: Sudah Tiada Tempat Selamat, Masjid, Gereja Kena Bom

23/10/2023
0

PETALING JAYA – Seorang jurugambar Palestin, Motaz Azaiza, mendedahkan tiada lagi tempat selamat untuk dijadikan kawasan berlindung buat penduduk di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd