• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Kebal Israel Kepung Hospital Gaza

oleh Mohd Arshad
12/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kereta Kebal Israel Kepung Hospital Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA : Tentera Israel hari ini mengepung Hospital al-Shifa, selepas operasi tentera di darat menceroboh semakin jauh ke dalam wilayah Semenanjung Gaza.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Portal berita Al Jazeara dalam laporan langsung berkata, kereta kebal tentera rejim itu sedang mengepung Hospital al-Shifa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, mereka sudah terputus hubungan dengan petugasnya di dalam hospital terbesar di Gaza itu.

Pada masa sama, hospital itu sudah terputus bekalan elektrik hingga ‘mengorbankan’ dua bayi pramatang kerana tiada oksigen.

Pengarah hospital, Muhammad Abu Salmiya, berkata pergerakan kakitangan atau individu lain di dalam kawasan hospital diancam serangan penembak tepat tentera Israel.

Sekurang-kurangnya dua bayi pramatang yang menerima rawatan di hospital dilaporkan meninggal dunia dan 37 lagi dalam keadaan kritikal kerana ketiadaan elektrik akibat serangan terbabit.

Portal itu berkata, serangan udara Israel sebelum ini mengorbankan dua doktor di hospital bersalin Mahdi.

Hampir 200,000 rakyat Palestin melarikan diri dari utara Gaza sejak tempoh tiga hari lalu.

-Berita Harian

Tags: Hospital GazaKereta Kebal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

29/03/2026
0

Oleh Mynewshub Realiti Atau Perang Persepsi? Ketegangan di sempadan selatan Lubnan terus memuncak apabila kumpulan Hezbollah mendakwa telah berjaya memusnahkan...

AS, Sekutu Jalin Kerjasama Pindah Kereta Kebal Ke Ukraine

03/04/2022
0

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan bekerjasama dengan sekutunya untuk memindahkan kereta kebal buatan Soviet ke Ukraine bagi mempertingkat pertahanan negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd