• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS, Sekutu Jalin Kerjasama Pindah Kereta Kebal Ke Ukraine

oleh Mohd Arshad
03/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan bekerjasama dengan sekutunya untuk memindahkan kereta kebal buatan Soviet ke Ukraine bagi mempertingkat pertahanan negara itu di wilayah Donbas.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Akhbar The New York Times (NYT) yang memetik seorang pegawai AS yang enggan dikenali, melaporkan pemindahan yang diminta oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, itu akan bermula tidak lama lagi.

Pegawai itu enggan menyatakan berapa banyak kereta kebal akan dihantar atau dari mana ia datang, kata NYT manakala pihak Pentagon dan Rumah Putih enggan mengulas pertanyaan agensi berita Reuters mengenai hal berkenaan.

Kereta kebal itu akan membolehkan Ukraine menjalankan serangan meriam jarak jauh ke atas sasaran Russia di wilayah Donbas di tenggara Ukraine bersempadankan Russia, kata pegawai terbabit, yang dipetik NYT.

Langkah itu menandakan kali pertama dalam perang ini AS membantu memindahkan kereta kebal, menurut akhbar itu lagi.

Sementara itu, jurucakap Pentagon, John Kirby, berkata Russia akan merombak beberapa pasukannya di sekitar ibu kota Ukraine, Kyiv, untuk dihantar ke wilayah timur Donbass, di mana tentera Ukraine sedang menentang habis-habisan.

Beliau turut memberitahu bahawa Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, memutuskan untuk menyimpan Divisyen Udara ke-82 di Eropah buat masa ini bersama kapal induk kumpulan penyerang di perairan Mediterranean.

Russia memindahkan sebahagian kecil, sekitar 20 peratus daripada tenteranya di sekitar Kyiv, selepas gagal menakluki bandar itu, yang terus menjadi sasaran serangan udara Russia.

“Kurang pasti ke mana mereka akan pergi, berapa lama dan atas tujuan apa, namun kita tidak melihat sebarang petunjuk bahawa mereka akan dihantar pulang,” katanya.

Tambah Kirby, penilaian terbaik adalah pasukan itu akan ditempatkan semula, kemungkinan di Belarus, dibekalkan semula dan digunakan di tempat lain di Ukraine.

Katanya, Russia juga mempunyai perancangan mengutamakan semula operasinya di kawasan Donbass dan Lugansk.

Sementara itu, ketua kanan ketenteraan Russia, Sergei Rudskoi, minggu lalu, berkata fasa pertama kempen ketenteraan di Ukraine sudah berakhir dan pasukan itu kini akan memberi tumpuan pada matlamat utama mereka iaitu pembebasan Donbass.

Kirby berkata, wilayah Donbass sudah menjadi rebutan sejak lapan tahun lalu dan pasukan tentera Ukraine sangat aktif di kawasan itu.

BHonline-

Tags: Amerika SyarikatKereta KebalUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd