• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedutaan Palestin Nafi Dakwaan Sumbangan Mesti Melalui Kedutaan

oleh AK-47
29/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kedutaan Palestin Nafi Dakwaan Sumbangan Mesti Melalui Kedutaan
Share on FacebookShare on Twitter

Kedutaan Palestin di Malaysia dan dutanya tidak pernah meminta sumbangan untuk Palestin disalurkan melalui kedutaan seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kenyataan kepada Bernama pada Rabu, kedutaan itu memaklumkan mereka konsisten menekankan keperluan untuk semua aktiviti pengumpulan dana dilaksanakan di bawah pengawasan, pemantauan dan kawalan pihak berkuasa Malaysia yang bertanggungjawab.

“Malangnya, beberapa pihak tetap mendakwa bahawa kedutaan dan duta Palestin meminta NGO Malaysia menyumbang melalui kedutaan dan ini sama sekali tidak benar,” menurut kenyataan itu.

Namun, selaras dengan arahan Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah, kedutaan sentiasa bersedia dan tidak akan menyekat usaha untuk memberikan bantuan dan kemudahan melalui saluran diplomatik.

Ini termasuk Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah Kementerian Luar Malaysia, Kedutaan Malaysia di Jordan dan Mesir dan akaun bank Bulan Sabit Merah Palestin.

“Perlu dinyatakan bahawa pada masa ini, Palestin berada di bawah penjajahan Israel dan semua sempadan udara, laut dan darat Palestin kini berada di bawah kawalan pihak berkuasa Israel.

“Oleh itu, bagi memudahkan kemasukan sebarang bantuan ke Palestin, penyelarasan perlu dibuat melalui negara jiran (Mesir dan Jordan),” menurut kedutaan itu.

Barangan untuk dihantar ke Gaza perlu dibuat melalui pihak berkuasa Mesir manakala barangan untuk wilayah barat dan Baitulmaqdis dibawa masuk melalui pihak berkuasa Jordan.

Kedutaan itu turut menyatakan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas pendirian dan sokongan padu yang diberikan terhadap rakyat Palestin dari segi politik, moral mahupun kewangan.

-Malaysia Kini

Tags: kedutaan palestinsumbangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

Tengku Zafrul Beri Sumbangan Kepada Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin

Tengku Zafrul Beri Sumbangan Kepada Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi sumbangan kepada Persatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd