Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Felda United Kekal Pendahulu...

MARAN - Felda United mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Premier selepas menumpaskan Sarawak...

Video Bapa Dodoi Ainul...

KISAH Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin melawan ketumbuhan yang dihidapinya sememangnya menyentuh hati rakyat...

Terengganu Ambil Inisiatif Kutip...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu akan mengambil pendekatan lebih tegas dalam mengutip...

Hina Agong: Polis Siasat...

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat pemilik akaun Facebook, Ho Ruey Terng selepas didapati...

Dakwaan Fitnah Guan Eng, Siti Mastura Ke Bukit Aman Esok

KUALA LUMPUR: Proses mengambil keterangan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad berkait dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, yang sepatutnya dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, ditunda esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, memaklumkan janji temu untuk proses merakam keterangan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang itu dijadualkan semula pada jam 11 pagi esok di Bukit Aman.

“Proses rakam keterangan akan diadakan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat hari ini, katanya, enam laporan polis sudah diterima berkait kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam rakaman video berdurasi 46 minit 51 saat, Siti Mastura pada majlis ceramah politik di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini, didakwa mengaitkan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga bapa Guan Eng sebagai sepupu bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.


Selain itu, Ahli Parlimen Kepala Batas itu juga mendakwa bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sebagai sepupu Kit Siang dan mengaitkan isteri Guan Eng, Betty Chew bersepupu dengan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Beliau juga didakwa mengaitkan pemimpin DAP lain, termasuk Setiausaha Agungnya merangkap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Bruas, Ngeh Koo Ham dan Teresa mempunyai hubungan kekeluargaan.

Jumaat lalu, Guan Eng memaklumkan, beliau melalui peguamnya sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura selepas tempoh 48 jam yang diberikan kepada pemimpin wanita PAS itu membuktikan dakwaannya tamat sehari sebelumnya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori