Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Hilang Di China Rupanya...

SELEPAS lebih 12 tahun dilaporkan hilang dan mati di China, seorang pelajar kolej...

Sukan Asia 2018: “Maafkan...

KUALA LUMPUR - Wakil tunggal Malaysia dalam acara basikal lasak, Noor Quraataina Mamat,...

Krisis Prestasi Real Madrid...

MADRID - Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric mengakui pasukannya berdepan masalah serius,...

Penyerang Paris Tidak Bertamadun!...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan serangan ke atas Paris awal...

Calon PRU15 Didakwa Tipu

Jeli : Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pembalakan tidak wujud sehingga mangsa kerugian RM171,500, dua tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun tertuduh, Datuk Azman Idris, 55, yang juga calon Parti Warisan (Warisan) bagi Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu Chin Yet Lun, 37, dengan memperdayanya dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank milik tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan di Mukim Belimbing, Batu Melintang di sini antara 27 September 2021 hingga 10 Disember 2021.


Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Kamilah Che Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan sebelum Khamis ini dan menetapkan 31 Disember depan sebagai sebutan semula kes.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori