Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Kes Positif Covid-19 Di...

KUALA LUMPUR - Zon merah koronavirus (Covid-19) kekal 26 daerah dengan Seremban merekodkan...

UMNO, PAS Bersatu Demo...

MARAH dengan keadaan semasa di Palestin, lebih 40 buah NGO termasuk UMNO dan...

Pengarah Syarikat Didenda RM50,000...

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat pengendali kursus dan latihan didenda RM50,000 oleh...

Peragut Patah Kaki Dilanggar...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar wanita Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang bertindak...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023 selepas aksi kelayakan hari ini berlangsung dengan penuh drama.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagnaia dan Jorge Martin saling memecahkan rekod sepanjang zaman di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada kelayakan kedua hari ini sebelum pesaingnya dari pasukan Prima Pramac Racing itu terjatuh pada baki sesi berkenaan.

Martin yang juga pemegang rekod terlebih dulu memecahkan catatan masa sepusingan terpantas dilakukannya tahun lalu 1 minit 57.790 saat (s) dengan catatan baharu 1:57.5490s namun Bagnaia berjaya meleburkannya apabila melakukan 1’57.491s.

Persaingan sengit antara kedua pelumba ini seakan memberikan gambaran yang persaingan perlumbaan esok bakal menjadi lebih ‘tegang’ memandangkan Martin hanya ketinggalan 13 mata di belakang Bagnaia yang mendahului carta keseluruhan dengan 389 mata.

Perlumbaan esok bakal menyaksikan tiga pelumba Ducati mendominasi barisan pertama dengan Bagnaia memimpin petak pertama, disusuli Martin dan rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini di petak ketiga.


Barisan kedua juga menyaksikan barisan jentera Ducati yang dipimpin Alex Marquez (Gresini Racing MotoGP) di petak keempat, Luca Marini (Mooney VR46 Racing Team) kelima dan 2 Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Racing Team) keenam.

“Hari ini kami menunjukkan peningkatan. Sesuatu yang menakjubkan buat saya dan semua. Bukan mudah pada sesi kelayakan hari ini dan sudah pasti saya menunggu perlumbaan seterusnya,” kata Bagnaia.

Untuk rekod, Bagnaia, 26, sedang memburu gelaran kedua berturut-turutnya pada musim ini selepas meraih gelaran pada 2022.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori