• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Negara Nikmati Caruman KWSP, PERKESO Mulai Januari Depan

oleh Mohd Arshad
21/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Atlet Negara Nikmati Caruman KWSP, PERKESO Mulai Januari Depan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mulai tahun depan, atlet negara di bawah program podium akan dilindungi menerusi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata langkah itu dilihat satu perubahan besar dilaksanakan kementerian dalam usaha melindungi kebajikan atlet negara.

“Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) baru-baru ini telah meluluskan kajian semula skim elaun latihan atlet kebangsaan dengan memberi penekanan kepada kebajikan dan kesejahteraan atlet di bawah program MSN.

“Untuk itu, MSN sedang meneliti caruman KWSP dan PERKESO untuk semua atlet di bawah program podium mulai Januari 2024. Ini adalah ‘gamechanger’ untuk atlet kita kerana ia tidak pernah dilaksanakan (sebelum ini),” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Dewan Rakyat, hari ini.

Di samping itu, Hannah berkata skim elaun bagi atlet kebangsaan dilaksanakan kementerian itu sejak 2006 dengan pihaknya sentiasa membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk melindungi kebajikan mereka.

“Skim ini berdasarkan pencapaian prestasi atlet di temasya sukan antarabangsa seperti Sukan SEA, Komanwel dan Olimpik,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KBS melalui Mesyuarat Pasca Kabinet pada 3 November lalu memutuskan semua premis dan fasiliti di bawah kementerian itu menjadi kawasan larangan merokok dan menghisap vape.

“Keputusan ini mengambil kira Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Pindaan 2008 yang menetapkan fasiliti sukan seperti stadium dan kompleks sukan sebagai kawasan larangan merokok.

“Penggunaan vape dalam stadium adalah dilarang sama sekali. Vape adalah antara senarai barangan yang dilarang masuk (ke stadium) seperti rokok, pemetik api, power bank (bank kuasa) kerana diklasifikasi sebagai senjata yang boleh membahayakan penonton,” katanya.

Jelasnya, pihak penguatkuasaan Kementerian Kesihatan (KKM) turut membuat pemantauan di stadium dan bertindak mengeluarkan saman terhadap mana-mana individu yang menghisap vape, sebagai satu daripada usaha mengawal penggunaan vape.

-Berita Harian

Tags: Atlet NegaraKWSPPerkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd